? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, May 14, 2012

Badminton persahabatan antara PESAKA dan Mukim Pengkalan Batu

Oleh Hazman HM Kedua-dua pasukan bergambar ramai sebagai kenang-kenangan. TUTONG, 13 Mei - Pasukan badminton Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan badminton dari Mukim Pengkalan Batu yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Keriam Tutong pada malam tadi. Pasukan Mukim Pengkalan Batu telah diketuai oleh Awang Mohd Reduaan bin Haji Alias manakala pasukan PESAKA diketuai oleh Awang Roslin bin Suhailee, Pengerusi Tetap PESAKA. Perlawanan tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk Mukin Pengakalan Batu dengan pemimpin-pemimpin, ahli-ahli Persatuan PESAKA dan juga penduduk Kampung Keriam. Perlawanan badminton persahabatan ini adalah satu kegiatan dan aktiviti PESAKA iaitu beriadah sambil bersukan untuk kesihatan. Di samping itu, kegiatan ini juga dapat mengenal bakat-bakat dari kalangan belia-belia PESAKA. Acara pada malam tadi telah dimulakan dengan ucapan daripada ketua kedua-dua pasukan dan diikuti dengan penyampaian cenderahati daripada Awang Roslin kepada ketua pasukan Mukim Pengkalan Batu.

Tuesday, October 5, 2010

PESAKA Hari Raya get together event

By Hazman HM

The chairman presenting a gift to the guest of honour



A dance performance by members of PESAKA.

Persatuan Melayu Keriam Tutong (PESAKA) yesterday held a Ramah Mesra Aidilfitri event at Dewan Wawasan PESAKA.
The guest of honour was Dr Awang Mataim bin Bakar, Research Director, Ministry of Youth, Culture and Sports.
The event began with a welcoming speech by Council Chairman, Awg Hj Md Yussof bin Hj Siput and also Vice President of PESAKA.
He said the aim of the event was to foster relationships among members and villagers.
The event was enlivened with singing and dancing performances by youths and members of PESAKA as well as a children fashion contest.
The highlight of the evening was the presentation of prizes for the 18th house decoration contest in conjunction with Hari Raya Aidilfitri, which was won by Awg Hj Musa bin Hj Libut, while Dyg Hj Zainah binti Dato Paduka Hj Abd Wahab and Awg Hj Majid bin Ratu won the second and third place respectively.
Gifts were presented by the guest of honour and spouse.

Tuesday, August 31, 2010

3 Agensi Bergabung Bersih Kubur

Oleh : Hazman HM

Tutong- Ahad, 29 Ogos 2010 - Gabungan Majlis Perundingan Kampong (MPK) Keriam, Ahli Jawatan Kuasa Takmir Masjid Kampong Keriam dan Persatuan Melayu Keriam, (PESAKA) Tutong telah mengungkayahkan gotong ruyung membersihkan tanah perkuburan Kabaran, Kampong Keriam dan seterusnya membaca tahlil beramai-ramai. Hadir mengetuai kerja gotong ruyung tersebut ialah Yang Mulia Awg Hj Morshidi Bin Hj Mahadi, Ketua Kampong Keriam dan Yang dipertua PESAKA Awg Ahanapi bin Hj Mahadi. Bacaan Tahlil dan doa dibacakan oleh Ustaz Nooralizam bin Hj Idris. Kegiatan seumpama ini adalah aktiviti tahunan gabungan 3 pertubuhan setiap tahun sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.



Pembersihan Tanah perkuburan sedang dijalankan

Bacaan tahlil dimulakan

PESAKA holds donation ceremony for less fortunate

By Hazman HM
The guest of honour (2nd right) with a member of the Legislative Council and President of PESAKA.


The guest of honour presents a donation to an orphan.


Tutong 29th August - Tutong's Keriam Malay Association (PESAKA) with the cooperation of the Keriam Village Consultative Council and the takmir committee members of the Keriam Mosque held a ceremony, which saw orphans and special needs individuals of the Keriam Village receive donations.
The guest of honour at the event, which took place in the morning, was the Tutong District Assistant Officer, Abd Ghani bin Haji Othman, who presented donations to 17 orphans and special needs individuals. Also present was Legislative Council member and Penghulu of Mukim Keriam, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Mohd Taha bin Abd Rauf.
Another event that took place in the afternoon commenced with surah al-fatihah, followed by surah yaasiin and a tahlil led by Imam Haji Mohd Kartolo bin Haji Abang of the Keriam Mosque.
In his welcoming speech, Chairman Ustaz Noralizam bin Haji Idris said that the gathering was held to express gratitude to PESAKA and residents of the Keriam Village for their contribution in helping the less fortunate and he also hoped that such deeds would continue, especially in light of the upcoming Hari Raya celebrations.

Wednesday, August 11, 2010

MESYUARAT AGUNG PESAKA KALI KE-33 (2010)

Teks dan gambar oleh: Zainal HJ

Hari Ahad, 1 Ogos 2010 - Tutong - Keriam Malay Association (PEAAKA) recently held its 33rd annual general meeting at their building visionary hall.

The chief guest who officiated the AGM was the Advisor of Mukim Keriam Consultative Council, Dato Paduka Awg Hj Zakaria bin Hj Jeneh.

The event started with a recitation of the surah al-fatihah followed by welcoming remarks by the President of PEAAKA, Awg Ahanapi bin Hj Mahadi and the chief guest.

Awg Ahanapi talked about the development and progress of PESAKA and its ability to become sustainable and being conferred with several awards both locally and abroad.

He also urged association leaders of 2010-2011 sessions to be more proactive in generating the economy to gain more financial resources. He also called on youths to be forward looking.

The 2009-2010 administrative committee members were dissolved and 16 new executive committee were appointed for the 2010-2011 session by the ad-hoc chairperson appointed by Awg Hj Othman bin Hj Pisi. -- Courtesy of Borneo Bulletin

Sunday, August 1, 2010

PESAKA, Bomba anjur perlawanan persahabatan

Oleh Hazman HM

SFR Ranee menerima cenderahati dari TYDP PESAKA.



BERAKAS, Khamis 29 Julai - Jabatan Bomba Cawangan Operasi C menerima kunjungan Persatuan Melayu Keriam Tutong (PESAKA) untuk perlawanan badminton persahabatan yang berlangsung bertempat di Dewan Serbaguna Jabatan Bomba Berakas, semalam.
Mengetuai Pasukan dari Jabatan Bomba Cawangan Operasi C ialah SFR Awg Ranee Bin Hj Othman dan dari PESAKA di ketuai oleh Awg Hj Musa Bin Hj Libut, Timbalan Yang Dipertua PESAKA.

Sebelum perlawanan dimulakan pertukaran cenderahati dari kedua-dua pasukan dan bergambar ramai dijalankan.

Perlawanan persahabatan ini bertujuan mengeratkan talisiratul rahim dikalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba dengan para pemimpin, belia dan ahli Persatuan PESAKA.

Perlawanan persahabatan ini salah satu kegiatan dan aktiviti PESAKA, beriadah sambil bersukan untuk kesihatan dan disamping mencukil bakat-bakat baru belia PESAKA.

Monday, July 26, 2010

Perlawanan Badminton Persahabatan Pos dan PESAKA

Oleh Hazman HMKedua-dua Pasukan bergambar ramai sebagai kenang-kenangan.

Tutong,Ahad 25hb July – Pasukan Badminton PESAKA dari Persatuan Melayu Keriam (PESAKA), Tutong telah menerima kunjungan dari Jabatan Perkhidmatan Pos bagi mengadakan perlawanan badminton persahabatan yang berlangsung semalam bertempat di Dewan Sekolah Rendah Keriam Tutong. Mengetuai Pasukan dari Jabatan Perkhidmatan Pos ialah Awg Hj Abd Kadir Bin Tengah, Ketua Pos Agung dan dari PESAKA di ketuai oleh Awg Hj Musa Bin Hj Libut, Timbalan Yang Dipertua PESAKA. Sebelum perlawanan dimulakan pertukaran cendrahati dari kedua-dua pasukan dan bergambar ramai. Perlawanan persahabatan ini adalah kesinambungan daripada perlawanan bolasepak persahabatan diantara kedua-dua pasukan pada tahun 2006 yang lalu dan antara tujuan perlawanan tersebut adalah untuk mengeratkan talisiratul rahim dikalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos dengan pemimpin-pemimpin, belia-belia dan ahli-ahli Persatuan PESAKA,Perlawanan badminton persahabatan ini salah satu kegiatan dan aktiviti PESAKA, beriadah sambil bersukan untuk kesihatan dan disamping mencukil bakat-bakat baru belia-belia PESAKA.

Awg Hj Abd Kadir menyerahkan cenderahati kepada Awg Hj Musa

Kiudang Mungkom Juara 7 Sepasukan

Oleh: Hazman HM

Tetamu kehormat Awg Abd Ghani Bin Hj Othman (empat dari Kiri) bergambar bersama Pasukan Kiudang Mungkom dan ahli-ahli PESAKA

Tutong - Ahad, 18hb.July 2010 - Perlawanan akhir bolasepak 7 orang sepasukan bersempena ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan yang ke 64 tahun anjuran Persatuan Melayu Keriam (PESAKA), Tutong berakhir hari ini. Perlawanan akhir diantara Pasukan Kiudang Mungkom dan Empire United yang mana dimenangi oleh pasukan Kiudang Mungkom dengan jaringan 3 berbalas 1 yang di tentukan melalui sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol sehingga wisel penamat.

Pasukan Kiudang Mungkom menerima hadiah Piala Pusingan sumbangan Awg Rosli Bin Hj Bolhassan, Wang Tunai dan Hadiah perseorangan. Tempat Ketiga bersama dari Pasukan PESAKA A dan PESAKA B. Pemain Terbaik dimenang oleh Awg Azril Bin Md Ali dari Pasukan Kiudang Mungkom. Kejohanan yang bermula pada 20hb Jun lalu adalah yang ke 36 kali ianya dianjurkan dan juga sebagai projek tahunan PESAKA. Hadir Selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awang Abd Ghani Bin Hj Othman, Penolong Pegawai Daerah Tutong yang juga sterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah. Majlis diakhiri dengan penyampaian cendramata kepada Tetamu Kehormat oleh Pengerusi perlawanan Awg Missli Bin Hj Talip.Perlawanan berlangsung di Padang Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong.


Pengerusi perlawanan menyampaikan Cenderamata kenangan kepada tetamu kehormat

Tetamu kehormat menyampaikan piala pusingan kepada ketua Pasukan Kiudang Mungkom.







Saturday, April 10, 2010

Persatuan landasan pembentukan masyarakat prihatin, berhemah tinggi

TIMBALAN Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin menyaksikan salah satu pameran di Pesta Mini Karnival sempena Sambutan Jubli Emas Persatuan PESAKA. (Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman)

Koleksi dari Pelita Brunei pada 5 April 2010
Oleh Berita dan Foto : Shari Haji Garib

KAMPUNG KERIAM, Ahad, 4 April. - Sesebuah persatuan boleh dianggap sebagai landasan ke arah pembentukan masyarakat yang prihatin dan berhemah tinggi.

Penghayatan serta amalan budaya bantu-membantu dan semangat gotong-royong, bekerjasama, berkongsi maklumat dan pengalaman dalam melayari perjalanan sesebuah persatuan akan dapat membina jati diri yang sempurna selaras dengan hasrat untuk melahirkan generasi muda yang berwawasan dan peka dengan isu semasa serta kehendak negara.

Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin menyatakan demikian semasa berucap selaku tetamu kehormat Majlis Penutup Sambutan Jubli Emas Persatuan Melayu (PESAKA), Tutong di Dewan Wawasan PESAKA, di sini.

Katanya, di samping membantu dalam menangani gejala sosial, sesebuah persatuan juga memainkan peranan penting sebagai wadah dalam menyampaikan mesej kerajaan agar segala maklumat dapat disebar dan maklum balas diterima dengan cepat dan tepat.

Beliau juga berharap supaya persatuan-persatuan meletakkan aspirasi negara sebagai tunggak hala tuju gerakan mereka melalui perancangan dan perlaksanaan pelbagai program baik yang berbentuk keagamaan, kebajikan, penyelidikan dan ekonomi.

Bagi aktiviti-aktiviti ekonomi ujarnya, dengan adanya hala tuju tersebut bukan sahaja akan dapat meningkatkan hasil pendapatan ahli-ahli persatuan malah menyumbang kepada ekonomi negara.

Terdahulu Pengiran Hajah Mariana mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PESAKA kerana dapat bertahan dan telah mencapai perkembangan yang begitu pesat dan membanggakan.

Pencapaian PESAKA menurut beliau bukan sahaja di peringkat daerah dan kebangsaan apabila menerima Anugerah Persatuan Aktif Daerah Tutong pada tahun 1999 dan penerima Anugerah Persatuan Belia di peringkat kebangsaan pada tahun 2007 tetapi yang lebih membanggakan PESAKA telah mencipta nama setelah mendapat pengiktirafan di peringkat serantau sebagai penerima Anugerah 'Ten ASEAN Youth Organisation' di Cebu, Filipina.


Friday, April 9, 2010

PESAKA sambut Jubli Emas penubuhannya


PAMERAN daripada Jabatan Biro Kawalan Narkotik
di Majlis Pelancaran Jubli Emas PESAKA
DI ANTARA ahli persatuan dan pengunjung sedang menjalani
pemeriksaan kesihatan.



Koleksi dari Pelita Brunei Keluaran 3 April 2010


TUTONG, Jumaat, 2 April. -
Persatuan Melayu Keriam, Tutong (PESAKA) mempunyai sejarah yang membanggakan setelah mampu bertahan sehingga 50 tahun berserta kejayaannya mengadakan rancangan-rancangan dan projek-projek bagi merealisasikan misi, matlamat serta tujuan penubuhan persatuan.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Awang Dani bin Haji Ibrahim berpendapat PESAKA sesuai dijadikan sebagai 'role model' dan inspirasi kepada persatuan-persatuan belia terutama kepada persatuan yang baru kerana menurutnya kebanyakan persatuan belia yang ditubuhkan di negara ini tidak dapat bertahan dan ada di antaranya dalam keadaan 'hidup segan, mati tak mahu'.

Berucap selaku tetamu kehormat di Majlis Pelancaran Jubli Emas PESAKA yang berlangsung di Dewan Wawasan PESAKA di sini, Yang Dimuliakan percaya PESAKA ditubuhkan oleh anggota-anggota masyarakat kampung yang mempunyai sikap yang dinamik iaitu bersemangat, bersefahaman dan suka berbakti untuk memajukan masyarakat kampungnya melalui pelbagai aktiviti yang mengandungi kerohanian, mental dan jasmani.

"Sesebuah persatuan mempunyai ciri-ciri yang baik yang merupakan nilai-nilai murni seperti perpaduan, kerjasama, semangat sukarela, persefahaman, pemedulian/prihatin, mempunyai semangat kerja berpasukan, patriotik dan rela berkorban masa dan tenaga serta material demi kesejahteraan, kebajikan serta kemajuan bersama," jelas Yang Dimuliakan dengan penuh kepercayaan.

Terdahulu dari itu, Yang Dimuliakan juga turut menggariskan makna persatuan yang menurutnya adalah pertubuhan yang merupakan suatu ikatan yang menggabungkan serta menyatukan individu-individu dalam masyarakat yang mempunyai semangat dan persefahaman, iaitu untuk berbakti membangun dan memajukan masyarakat secara sukarela dengan mewujudkan matlamat serta objektif yang disepakati bersama.

Yang Dipertua PESAKA, Awang Ahanapi pula dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan sedikit latar belakang persatuan PESAKA yang pada awal penubuhanya dinamakan PMKT dan telah ditubuhan oleh seramai 24 orang pengasas terdiri dari anak-anak Kampung Keriam pada 1 April 1960. PESAKA katanya telah dapat mengharumkan nama Kampung Keriam dan telah dapat menggarap ke arah penyatuan masyarakat sekeliling seperti mana moto persatuan iaitu 'Bersatu Untuk Perpaduan'.

Di majlis itu tetamu kehormat juga telah berkesudian menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Jubli Emas PESAKA, di samping sijil penghargaan dan seterusnya merasmikan Tugu Jubli Emas PESAKA, menanam pokok longan sebagai pokok kenangan Jubli Emas.

Selain beberapa pameran yang telah diatur oleh PESAKA, pameran dari beberapa agensi kerajaan dan swasta yang lain turut memeriahkan lagi acara termasuk dari Jabatan Biro Kawalan Narkotik, Bahagian Pesakit Luar, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Cawangan Tutong (pemeriksaan kesihatan) dan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong.

Sambutan Jubli Emas PESAKA telah diadakan selama empat hari bermula dengan Majlis Khatam Al-Qur'an yang telah diadakan semalam, sementara di sebelah pagi tadi diadakan Pesta Mini Karnival iaitu pameran oleh agensi kerajaan, peraduan dan pameran urusan rumah tangga.

Di antara yang hadir sama di majlis itu Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Awang Haji Mohammad Taha bin Abd. Rauf dan Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Awang Haji Mawardi bin Haji Abdullah dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu.

(Berita dan Foto : Shari Haji Garib)

Majlis Khatam Al-Qur'an Sempena Jubli Emas PESAKA

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Mohd. Abdoh ketika hadir selaku tetamu
kehormat di Majlis Khatam Al-Qur'an sempena meraikan Jubi Emas Persatuan PESAKA di Masjid Kampung Keriam.


Koleksi dari Pelita Brunei keluaran pada hari Khamis, 1 april 2010


TUTONG, Khamis, 1 April. - Persatuan PESAKA hari ini meraikan sambutan Jubi Emas persatuan tersebut selama empat hari dengan mulakan dengan Majlis Khatam Al-Qur'an di Masjid Kampung Keriam, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Mohd. Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam.

Majlis yang berlangsung selepas menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah itu telah dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat.

Kemudian diikuti dengan bacaan surah-surah yang dikhatamkan dengan dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Keriam, Awang Haji Mohd. Kartolo bin Haji Abang.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PESAKA, Awang Haji Musa bin Libut, majlis tersebut antaranya bertujuan untuk menggalakkan ahli-ahli persatuan supaya sentiasa membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an sebagai amalan harian, di samping untuk meningkatkan lagi ikatan tali silaturahim di kalangan ahli dan penduduk kampung.

Sebelum majlis itu diadakan katanya, pembacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an telah dibaca oleh para pembaca yang dipilih seramai 68 orang yang terdiri daripada ahli persatuan dan penduduk kampung.

Di sepanjang empat hari sambutan berbagai acara telah pun disusun seperti Majlis Pelancaran Jubli Emas PESAKA, Pesta Mini Karnival dan Malam Bintang Jubli Emas PESAKA.

Majlis berakhir dengan doa kesyukuran dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

Turut hadir Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan Penghulu Mukim Keriam.

(Berita & foto : Shari Haji Garib)

Tuesday, April 6, 2010

MAJLIS PENUTUP JUBLI EMAS

Teks oleh Zainal HJ

Tutong - Ahad, 4 April 2010 - Berakhirnya Majlis Sambutan Jubli Emas PESAKA yang mana bermula 1 April lalu,. Majlis penutup sambutan telah ditutup oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Hj Abdul Momin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustian dan Sumber-sumber Utama.

Setibanya Tetamu Kehormat di Kawasan Dewan Wawasan Yang Dipertua PESAKA Awg Ahanapi bin Hj Mahadi telah mengiringi menyaksikan pameran-pameran dari Agensi-agensi Kerajaan, jualan-jualan, motor show dan permainan.
.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Alfatihah oleh Imam Masjid Keriam, Tutong, Ucapan NaibYang Dipertua PESAKA dan Ucapan Tetamu Kehormat dan seterusnya menyaksikan persembahan-persembahan kebudayaan dari belia-belia PESAKA juga berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah peraduan urusan rumah tangga Jubli Emas. yang diserta oleh ahli-ahli PESAKA dan penduduk-penduduk Kampong Keriam dan beberapa kategori yang disertai oleh terbuka kepada penduduk-penduduk Mukim Keriam dan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan syarikat-syarikat swasta yang telah memberikan sokongan menjayakan sambutan itu. Bacaan doa selamat dibacakan oleh Imam Masjid Kampong Keriam, Hj Mohd Kartolo bin HJ Abang.

PESAKA ends Golden Jubilee celebrations on high note

Penari-penari Belia-belia PESAKA

Penari-penari Remaja PESAKA
Tetamu Kehormat Majlis

Teks : Zainal HJ

Collection from Borneo Bulletin 6 April 2010


4 April 2010 -PESAKA celebrated the last day of its golden jubilee on April 4 with a closing ceremony officiated by Pengiran Hajah Mariana bte Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin, Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Industry and Primary Resources.

Upon arrival, the guest of honour was accompanied by Yang Dipertua of PESAKA, Awg Ahanapi bin Hj Mahadi, to the exhibition area where government agencies, sales and motor companies among others, took part in the event.

The closing ceremony began with a recital of the al-fatihah by the Imam of Keriam Mosque in Tutong followed by remarks from Yang Dipertua of PESAKA and the guest of honour.

The youths of PESAKA also presented cultural performances prior to the gift presentation to winners of the 'house-hold matters' contest. Certificates of appreciation were also presented to government agencies and private companies involved. A doa selamat was then recited by Hj Mohd Kartolo bin Hj Abang, Imam of Kampong Keriam.

PELANCARAN JUBLI EMAS PESAKA

Bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat sebaik saja Pelancaran Tugu Jubli Emas PESAKA

Teks oleh : Zainal HJ

Tutong - Khamis, 1 April 2010 - Persatuan Melayu Keriam, (PESAKA) Tutong telah menyambut Jubli Emas semalam dengan di dahulu Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran Jubli Emas bertempat dimasjid Kampong Keriam, Tutong. Tetamu kehormat pada Majlis tersebut Yang Mulia Awg Hj Mohd Abdoh bin Dato Seri Setia Hj Abdul Salam, Setiausaha Tetap Kementerian dalam Negeri. Majlis bermula dengan bacaan Alfatihah yang diketuai oleh Tetamu Kehormat dan doa Khatam di bacakan oleh Imam Masjid Kg Keriam.

Tutong - Jumaat, 2 April 2010 - Persatuan Melayu Keriam PESAKA Tutong hari ini bermula Majlis Pelancaran Jubli Emas yang dirasmikan oleh tetamu Kehormat Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Dani bin Hj Ibrahim dan Datin , Timbalan Menteri Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir Yang Awang Mawardi bin Hj Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Hj Othman bin Uking, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Awg Hj Mohd Taha bin Rauf, Yang Mulia Awg Hj Muhd Suffian bin Hj Bungsu, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua Kampong Keriam, Para Jemputan Khas, ahli-ahli PESAKA dan penduduk Kampong Keriam. Majlis bermula dengan Ucapan Yang Dipertua PESAKA dan seterusnya Ucapan tetamu kehormat dan diteruskan Penyampaian Anugerah-anugerah Jubli Emas kepada Anugerah Khas Pengasas PESAKA kepada 24 orang yang mana pada tahun 60'an lagi mereka menubuhkan sebuah organisasi yang pada masa ini dikenali sebagai PESAKA. Anugerah Khas Yang Dipertua dianugerahkan kepada 7 orang kepada Yang Dipertua dan mantan Yang Dipertua sejak tahun 1960 hingga sekarang. Anugerah Pemimpin Berjasa diberikan kepada 7 orang, mereka ini pernah menjadi Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi dan Tadbir selama 20 tahun dan senantiasa aktif dan berjasa kepada PESAKA. Anugerah Belia Cemerlang dianugerahkan kepada 7 orang, mereka ini juga terlibat dengan Ahli Jawatankuasa Tetap Tertinggi/ Tadbir tidak kurang 10 tahun dan melibatkan diri mewakili negara dalam bidang yang dicaburi dalam dan luar negeri, pernah mengharumkan nama PESAKA dalam bidang yang dicaburi. Sijil-sijil penghargaan Jubli Emas juga diberikan kepada semua ahli-ahli Jawatankuasa yang pernah menjadi ahli Jawatankuasa Tadbir dari tahun mula ditubuhkan hingga sekarang.

Majlis diteruskan dengan pelancaran Tugu Jubli Emas dan Penanaman 50 pohon pokok Longan di kawasan Dewan Wawasan PESAKA oleh tetamu Kehormat dan Datin. Tetamu Kehormat seterusnya dibawa meyaksikan Mini Karnival Jubli Emas dan pameran-pameran dari agensi-agensi Kerajaan, Pameran dari syarikat menjual kerita, Pameran Urusan Rumah tangga dan Pameran Jubli Emas PESAKA. Orang Ramai yang ingin berkunjung datang ke pameran tersebut dan dibuka selama 3 hari bermula hari Khams, 1 hingga hari Ahad 4 April 2010.

Sunday, April 4, 2010

PESAKA'S Golden Jubilee Celebration

Group photo with Guest of honor at de memorial 50 years Celebration

Roslin, Prof Madya Hj Hashim, Mawardi, Ahanapi, DPHj Dani, OKMB Hj Othman, OKJP DP Hj Mohd Taha

The pioner Hj Md Noor Awg Besar received the trophy

Collection from Sunday Bulletin 4 Aril 2010

Teks and Photo by: Zainal HJ

2 April 2010 - The Malay Association of Keriam (PESAKA) is an association that combines individuals in the community who possesses spirit and understanding to contribute to the development and progress of the community voluntarily for aspirated objectives.

An association should have many good characteristics such as unity, cooperation, voluntary spirit, understanding, possess teamwork spirit, concern, caring, patriotic, willing to sacrifice time, energy and material for prosperity, welfare and development of all.

This was stated by the Deputy Minister of Home Affairs, Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Awg Hj Dani at the launch of the golden jubilee celebration of the Malay Association of Keriam (PESAKA) on Friday.

He lauded the members for being able to sustain the association for the past 50 years and are active in programmes and projects to realise the mission, vision and aspiration of its establishment. PESAKA could become the role model and inspiration to youth associations, particularly to the new one as many associations established in a short period become defunct.

The highlight of the ceremony was the presentation of awards to 24 PESAKA pioneers who formed the association back in the 1950's. Meritorious leader awards were presented to seven people who formerly became the executive and administrative committee members for 20 years, not less than 10 years and those who have made PESAKA proud. YDP PESAKA award was also presented.

The ceremony was also highlighted with the launching of the golden jubilee foundation landmark and the planting of 50 longan fruit trees around the hall of the association. Pehin Dato Hj Dani later viewed a mini carnival and exhibitions from various agencies, auto dealers and domestic household exhibits. Members of the public are welcome to view the exhibition, which is open until today.

Earlier on Thursday, PESAKA held a Quran reading and thanksgiving ceremony at Kg Keriam mosque. The chief guest was Awg Hj Mohd Abdoh bin Dato Seri Setia Hj Abdul Salam, Permanent Secretary at the Ministry of Home Affairs.



Tuesday, February 16, 2010

SEMI MARATHON JUBLI EMAS PESAKA

Taklimat sebelum dilepaskan oleh Awg Hj Majid bin Ratu Pen. Bendehari Agung

Belia-belia PESAKA di Bahagian pendaftaran dan Penamat

Tetamu Kehormat Awg Hj Mawardi bin Hj Abdullah, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri.

Kategori C master Veteran dan Katergori E Perempuan Veteran 10 km.

Pemenang -pemenang Kategori C master Veteranbersama Tetamu kehormat, YDP Pesaka
dan Pengerusi
Perlumbaan Awg Sharbini Mohidin


Awg Terence Martin Gallagher dengan catitan masa 56min 36saat, Kedua : Awg Enderow pagun 1jam 02 saat dan Ketiga : Awg Hj Mohd Ilmi bin Hj Abd Rahim 1jam 3 saat. mereka telah menerima hadiah wang tunai dan medal.


Oleh: Zainal HJ

Tutong - Ahad, 14 Mac 2010 - Persatuan Melayu Keriam, PESAKA Tutong telah menganjurkan Perlumbaan Semi Marathon PESAKA sempena menyambut Sambutan Jubli Emas.Tetamu kehormat Yang Mulia Awang Hj Mawardi bin Haji Abdullah, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua Kampong Keriam, Jemputan-jemputan Khas, Ahli-ahli PESAKA dan Penduduk-penduduk Kampong Keriam.

Perlumbaan yang dibahagikan kepada 6 kategori. Sebanyak kira-kira 120 orang semua kategori penyertaan termasuk "Fun Run". Pemenang bagi kategori A Lelaki terbuka 21 km, Johan : Awg Sefli Ahar, Kedua dengan catitan masa 1jam.15min .39saat : Awg Abdul Malik 1jam 20min 12 saat dan Ketiga : Awg Othman bin Mustapha 1jam 21min 58 saat, mereka telah menerima hadiah wang tunai dan medal.

Kategori B Lelaki Veteran - 15km, Johan : Awg Terence Martin Gallagher dengan catitan masa 56min 36saat, Kedua : Awg Enderow pagun 1jam 02 saat dan Ketiga : Awg Hj Mohd Ilmi bin Hj Abd Rahim 1jam 3 saat. mereka telah menerima hadiah wang tunai dan medal.

Kategori C Lelaki Master Veteran 10km Johan Awg Batang bin Kilat dengan catitan masa 49min .15saat, Keua : Awg Zakaria bin Hj Bakar 50min 20 saat, dan Ketiga Abd Aziz bin Hj Abdullah 51 min 58 saat.

Kategori D Perempuan Terbuka 15km . Johan : Dyg Jenny Tan Feng Ling dengan catitan masa 1 Jam 18 saat, Kedua Dyg Sufinah binti Hj Adris 1 jam 22 saat. dan Ketiga Dyg Miriliyana bin Meludin 1 jam 25 min 28 saat. mereka telah menerima hadiah wang tunai dan medal.

Kategori E - Perempuan Veteran 10km, Joihan : Dyg Tan Siew King dengan cat, Kedua Norsalam binti Kalong 1 jam 10 mins dan Ketiga Dyg Riziwita Hj Md Taib. mereka telah menerima hadiah wang tunai dan medal.

Hadiah-hadiah telah disaampaikan oleh tetamu kehormat.

Kategori F - Fun Run 3km telah disertai oleh Tetamu Kehormat, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Jemputa-jemputan khas, Pemegang-megang Kad Tajaan dan penduduk-penduduk Kampong.

Ucapan Pengerusi Perlumbaan Awg Sharbini bin Mohidin Setiausaha Agung PESAKA - Antara tujuan menganjurkan semi-marathon ini adalah untuk mengutip dana 10% tabung anak-anak yatim dan istemewa daerah Tutong dan mengutip dana sambutan Jubli Emas PESAKA yang akan berlangsung pada 1-4 April 2010. disamping memberigakan suasana sambutan Jubli Emas dan membiasakan diri bersukan dan cara hidup yang cergas. Acara diakhiri dengan penyampai cendramata oleh Yang Dipertua PESAKA Awg Ahanapi bin Hj Mahadi.

Sunday, February 14, 2010

WANITA PERDA BADUDUN KE PESAKA DAN MAJLIS PENARIKKAN BENDERA NEGARA BRUNEI SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE 26 TAHUN

Upacara Penarikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Kebangsaan yang ke-26 Tahun

Upacara Penarikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Kebangsaan yang ke-26 Tahun

Penyerahan Bendera dari Awg Hj Marsal bin Hj Talib (AJKT) kepada Tetamu Kehormat OKMB Awg Hj Othman bin Uking.

Wanita PERDA membuat persembahan

Belia-belia PESAKA membuat Persembahan

Senam Aerobik sebelum membuat 'Brisk Walk' 3 km kawasan Kampong Keriam.

Mendengar taklimat dari PESAKA

Senam Aerobik sebelum membuat 'Brisk Walk' 3 km kawasan Kampong Keriam.





Wanita PERDA dan PESAKA


Bersalam-salaman
Mengeratkan lagi talisriatul mustaqim sesama kita


Bergambar Ramai kedua-dua Persatuan


Photo dan Teks : Zainal HJ

07 Februari 2010 - Seramai 40 orang wanita PERDA (Persatuan Pemuda Pemudi Kg Penanjong, Tutong) telah badudun (berkunjung) ke PESAKA. Wanita Perda yang diketuai oleh Dyg Hjh Rosni bin Tunggal Setiausaha Wanita PERDA. Kedatangan mereka telah disambut oleh Yang Dipertua dan Ketua Biro Wanita PESAKA Dyg Hjh Jainah binti Hj Lahap dengan memulakan dengan senaman Aerobik dan brisk walk sejauh 3 km mengelilingi kawasan Kampong Keriam. Aturcara Majlis dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua, ucapan balas ketua rombongan, Taklimat mengenai PESAKA oleh Naib Yang Dipertua Awg Roslin bin Suhailee dan Persembahan kedua-dua pihak. Belia-belia PESAKA telah membuat dua persembahan tarian dan PERDA pula membuat dua persembahan nyanyian.

Kira-kira Jam 11.30 pagi upacara penarikkan Bendera Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kebangsaan yang ke- 26 tahun juga dilancarkan oleh tetamu kehormat Orang Kaya Maha Bijaya Awg Hj Othman bin Uking dan melagukan lagu Kebangsaan dan Kibarkan Bendera Kita. Doa Selamat dibacakan oleh Imam Hj Mohd Kartolo bin Hj Abang.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahhari berramai bersama rombongan Wanita PERDA dan jemputan-jemputan Penarikkan Bendera.


JEMPUTAN MAKAN MALAM, LIMBANG SARAWAK

Photo dan Teks : Zainal HJ

Seramai 12 orang Ahli JawatanKuasa Tetap Tertinggi dan ahli-ahli PESAKA telah menghadiri Majlis Jemputan Makan Malam Persatuan Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Limbang Bersara sempena mengutip Dana bagi persatuan itu pada 30 Disember 2009 yang di adakan di Hotel Purnama Limbang.. PESAKA yang dihadiri oleh Awg Ahanapi, Awg Roslin, Awg Hj Bolhassan, Awg Nordin, Awg Hj Majid, Awg Hj Sulaiman, Hj Abd Halim, Awg Hj Md Yussof, Awg Zainal, Dyg Hjh Zaharah dan Dyg Hjh Masnah. Tetamu Kehormat Majlis Residen Daerah Limbang dan Majlis di Pengerusikan oleh Awg Hj Salleh bin Abd Rahman.

Tuesday, January 26, 2010

KELAB KEBUDAYAAN PESAKA DIJEMPUT MEMBUAT PERSEMBAHAN DIKARNIVAL DAERAH TUTONG.

Teks dan Photo : Zainal HJ

7 Disember 2009 , Tutong - Gabungan Jabatan Daerah dan Majlis Belia Daerah Tutong telah mengadakan Karnival Daerah Tutong yang PESAKA yang diwakili oleh Kelab Kebudayaan PESAKA telah dijemput untuk sama-sama membuat persembahan di Majlis Pembukaan satu Kampong Satu Produk dan juga dijemput untuk membuat persembahan Majlis makan Malam dan penutup sempena Karnival Daerah Tutong. Tetamu Kehormat Pengawai Daerah Tutong Awg Hj Md Ali bin Hj Md Idris dan Isteri.

JEMPUTAN MEMBUAT PERSEMBAHAN DI ORKID GARDEN HOTEL SEMPENA PENUBUHAN 10 TAHUN

Photo dan Teks : Zainal HJ

10 Nov 2009 - Kelab Kebudayaan PESAKA telah dijemput khas untuk membuat persembahan sempena Ulangtahun Penubuhan Hotel yang kesepuluh tahun. Kelab Kebudayaan PESAKA yang terdiri dari belia-belia seramai 15 orang telah membuat dua persembahan tarian tradisional moden, pembukaan majlis dan persembahan joget.