? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, April 6, 2010

MAJLIS PENUTUP JUBLI EMAS

Teks oleh Zainal HJ

Tutong - Ahad, 4 April 2010 - Berakhirnya Majlis Sambutan Jubli Emas PESAKA yang mana bermula 1 April lalu,. Majlis penutup sambutan telah ditutup oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Hj Abdul Momin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustian dan Sumber-sumber Utama.

Setibanya Tetamu Kehormat di Kawasan Dewan Wawasan Yang Dipertua PESAKA Awg Ahanapi bin Hj Mahadi telah mengiringi menyaksikan pameran-pameran dari Agensi-agensi Kerajaan, jualan-jualan, motor show dan permainan.
.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Alfatihah oleh Imam Masjid Keriam, Tutong, Ucapan NaibYang Dipertua PESAKA dan Ucapan Tetamu Kehormat dan seterusnya menyaksikan persembahan-persembahan kebudayaan dari belia-belia PESAKA juga berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah peraduan urusan rumah tangga Jubli Emas. yang diserta oleh ahli-ahli PESAKA dan penduduk-penduduk Kampong Keriam dan beberapa kategori yang disertai oleh terbuka kepada penduduk-penduduk Mukim Keriam dan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan syarikat-syarikat swasta yang telah memberikan sokongan menjayakan sambutan itu. Bacaan doa selamat dibacakan oleh Imam Masjid Kampong Keriam, Hj Mohd Kartolo bin HJ Abang.