? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, April 9, 2010

Majlis Khatam Al-Qur'an Sempena Jubli Emas PESAKA

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Mohd. Abdoh ketika hadir selaku tetamu
kehormat di Majlis Khatam Al-Qur'an sempena meraikan Jubi Emas Persatuan PESAKA di Masjid Kampung Keriam.


Koleksi dari Pelita Brunei keluaran pada hari Khamis, 1 april 2010


TUTONG, Khamis, 1 April. - Persatuan PESAKA hari ini meraikan sambutan Jubi Emas persatuan tersebut selama empat hari dengan mulakan dengan Majlis Khatam Al-Qur'an di Masjid Kampung Keriam, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Mohd. Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam.

Majlis yang berlangsung selepas menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah itu telah dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat.

Kemudian diikuti dengan bacaan surah-surah yang dikhatamkan dengan dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Keriam, Awang Haji Mohd. Kartolo bin Haji Abang.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PESAKA, Awang Haji Musa bin Libut, majlis tersebut antaranya bertujuan untuk menggalakkan ahli-ahli persatuan supaya sentiasa membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an sebagai amalan harian, di samping untuk meningkatkan lagi ikatan tali silaturahim di kalangan ahli dan penduduk kampung.

Sebelum majlis itu diadakan katanya, pembacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an telah dibaca oleh para pembaca yang dipilih seramai 68 orang yang terdiri daripada ahli persatuan dan penduduk kampung.

Di sepanjang empat hari sambutan berbagai acara telah pun disusun seperti Majlis Pelancaran Jubli Emas PESAKA, Pesta Mini Karnival dan Malam Bintang Jubli Emas PESAKA.

Majlis berakhir dengan doa kesyukuran dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

Turut hadir Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan Penghulu Mukim Keriam.

(Berita & foto : Shari Haji Garib)