CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 13, 2009

PESAKA sertai Festival Tarian Rakyat Antarabangsa Sabah kali ke-4

Yang Di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Haji Ahmadshah Abdullah membuka rasmi.

Persembahan pasukan Filipina

Persembahan pasukan Kazakhstan.


Persembahan pasukan Cambodia

Persembahan pasukan PESAKA dari Negara Brunei Darussalam

Persembahan pasukan Indonesia

Dipetik dari Media Permata : Sabtu/Ahad, 11/12 Julai 2009

Oleh Kasha.

LEMBAGA Kebudayaan Sabah telah menganjurkan Festival Tarian Rakyat Antarabangsa Sabah buat kali ke-4 (4th Sabah International Folklore Festival) yang berlangsung 2 - 7 Julai lalu. Sebanyak 10 nagara telah mengambil bahagian iaitu Indonesia, Singapura, India, Kazakhstan, Cina, Brunei Darussalam, Filipina, Kemboja, Arab Saudi dan tuan rumah, Malaysia.

Pembukaan rasminya disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Haji Ahmadshah Abdullah yang berlangsung di Grand Ballroom 1Borneo pada 5hb. Julai. Pertandingan bertempat di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Negara kita diwakili oleh Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) yang memperlihatkan persembahan menarik dan menghiburkan dengan pakaian beraneka warna serta mendapat tepukan gemuruh dari penuoton, dijangka dapat memberikan saingan kepada pasukan lain.

Pasukan Filipina, yang diwakili Tacloban Performing Arts Group hampir-hampir menyapu kesemua hadiah yang dipertandingkan dengan memenangi koreografi terbaik, muzik terbaik, penari lelaki terbaik melalui peserta Mark Ryan Torente serta pasukan ini dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan.

Indonesia yang diwakili Kumpulan Daya Presta ditempatkan sebagai naib johan sementara pesertanya, Ari Tri Marnila terpilih sebagai penari perempuan terbaik dan Kazakhstan yang diwakili On Alty Kyz (bermaksud 16 orang gadis) ditempat ketiga serta dianugerahkan kostum terbaik

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun kemudian menyampaikan anugerah kepada pemenang-pemenang.

Monday, July 6, 2009

UPACARA MENAIKAN BENDERA

Hazman HM
Bandera Negara Dikibarkan oleh Pasukan Pengangkap Daerah Tutong

Kampong Keriam, Tutong - Rabu, 1 Jul 2009 - Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampong Keriam (MPKK) dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Keriam buat kali ke 7 telah mengadakan Upacara Menaikkan Bendera Brunei Darussalam Sempena Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 63 tahun. Tetamu Kehormat pada upacara itu ialah Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awg Hj Othman Bin Uking, Ahli Mesyuarat Negara. Majlis dimulakan dengan Penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam oleh Pengerusi Majlis Awg Hj Majid bin Ratu kepada Tetamu Kehormat yang seterusnya menyerahkan kepada Pasukan Pengangkap Persatuan Pengangkap Daerah Tutong untuk dinaikkan dengan diiringi bersama nyanyian lagu kebangsaan dan Lagu "Berkibalah Bendera". Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Awg Hj Majid bin Ratu, yang mana beliau berasa bangga dan berterima kasih diatas penglibatan penduduk Kampong Keriam dalam upacara seumpama ini. Beliau juga berbangga kerana Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) telah diundang untuk membuat persembahan Kebudayaan di Festival yang akan diadakan di Kota Kinabalu,Sabah yang mana mereka akan bertolak pada 2hb Julai 2009. Acara pada petang ini, bukan sahaja menunjukan kecintaan kepada Raja malah ianya menunjukkan satu kerjasama dan perpaduan serta keharmonian diantara masyarakat di kampong ini dan negara amnya.Turut hadir pada upacara tersebut ialah Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Hj Mohd Taha bin Abd Rauf (Ahli Mesyuarat Negara dan penghulu Mukim Keriam). Doa selamat telah dibacakan oleh Imam Masjid Kampong Keriam Awg Hj Mohd Kartolo bin Hj Abang.

Friday, July 3, 2009

PESAKA wakili ke Festival Folklore ke-4 2009 Kotakinabalu Sabah

Bacaan Al-Fatihah beramai-ramai dan doa selamat sebelum anggota rombongan berlepas.


Dipetik dari meida permata 3 Julai 2009 - Kasha

TUTONG, Khamis - Seramai 25 orang peserta serta enam pegawai Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) hari ini berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah bagi mewakili negara ke Sabah International Folklore Festival keempat pada 2-8 Julai.

Persatuan berkenaan terpilih mewakili negara kali pertamanya pada 2007 dan tahun ini kali kedua. Rombongan diketuai oleh Yang Dipertua PESAKA, Awang Ahanapi Haji Mahadi.

Sunday, June 14, 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON PESAKA DGN UBD STAFF

ANSesi bergambar ramai dan bersalaman

Zainal HJ

University Brunei Darussalam - Rabu - 27 Mei 2009 - Pasukan Badminton PESAKA telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Badminton Pegawai dan kakitangan UBD. Perlawanan telah diadakan di dewan seba guna Komplek Sukan UBD. Pasukan Badminton PESAKA yang diketuai oleh Yang Dipertuanya Awg Ahanapi bin Hj Mahadi dan UBD yang diketuai oleh Awg Abd Aziz. Sebelum perlawanan dimulakan sessi bergambar ramai dan ucapan dari kedua-dua pasukan dan bersalam-salaman.

Perlawanan persahabatan badminton PESAKA lwn SEISMIC

bertukar-tukar cendramata dan bersalam-salaman dikedua-dua pasukan


Zainal HJ

Tutong - Ahad 24Mei 2009 - Kg Keriam. Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) Tutong telah mengadakan perlawanan persahabatan Badminton dengan sebuah syarikat Cari Gali Minyak di Daerah Tutong (SEISMIC). Perlawanan tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Keriam, Tutong. Mengetuai pasukan PESAKA, Yang Dipertuanya Awg Ahanapi bin Hj Mahadi dan SEISMIC pula di ketuai oleh Bapak Dano. Sebelum perlawanan dimulakan pertukaran cendramata dan bergambar ramai. Sebuah lagi Syarikat Gali Minyak di Daerah Tutong Syarikat PT.ELNUSA Tbk Indonesia telah menaja 2 buah tiang jaring bulu tangkis yang telah diterima oleh Yang Dipertua PESAKA untuk kegunaan pengguna-pengguna dewan pemain badminton. Perlawanan persahabatan telah dimenangi oleh tuan rumah (PESAKA).

Thursday, April 23, 2009

Perlawanan Persahabatan Badminton PESAKA vs PTA Sekolah YAYASAN

PTA Yayasan badminton team
bergambar ramai sebelum perlawanan PESAKA VS PTA YAYASAN

Zainal HJ

Tutong - Rabu - 22 April 2009 - Pasukan Badminton PESAKA telah menerima kunjungan Pasukan Badminton (Parent Teacher Association) Sekolah Yayasan dalam perlawanan Persahabatan Badminton. Perlawanan telah diadakan di dewan Sekolah Menengah RIPAS Kg Birau, Tutong. Pasukan Badminton PESAKA yang diketuai oleh Yang Dipertuanya Awg Ahanapi bin Hj Mahadi dan PTA Yayasan diketuai oleh Hj Morsidi bin Hj Metali. Ini adalah perlawanan yang kedua setelah PESAKA mengunjungi pada awal april lalu. Sebelum perlawanan dimulakan sessi bergambar ramai dan ucapan dari kedua-dua pasukan dan bersalam-salaman. Keputusan perlawanan telah dimenangi oleh PTA Yayasan.

Monday, April 20, 2009

DAILOG BELIA DAERAH TUTONG KALI KE-2 TAHUN 2009

Gambar ramai belia-belia PESAKA yang menyertai dailog

Zainal HJ

Tutong - Ahad, 23 Jamadilakhir 1430/ 19 April 2009 - Seramai 13 orang belia-belia dari Persatuan Melayu Keriam, PESAKA Tutong telah menyertai Dailog Belia Daerah Tutong Kali Ke-2 (2009) sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam anjuran Majlis Belia Daerah Tutong dengan kerjasama Jabatan Daerah Tutong bertempat di Dewan Serambangun, Tutong. Tetamu Kehormat Yang Mulia Awg Hj Idris bin Hj Md Ali. Majlis Dailog Belia di Pengerusikan oleh Yang Mulia Awg Hj Abdullah bin Hj Mohd Tahir (YDP Persatuan PAMDA) dan 2 orang penceramah Yang Mulia Prof. Madya Dr Awg Hj Hashim bin Hj Abd Hamid (YDP Majlis Belia Daerah Brunei/Muara) dan Yang Mulia Ustaz Hj Mail bin Hj Awg Besar (Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong).

Tuesday, April 14, 2009

Perlawanan Persahabatan Badminton PTA Yayasan vs PESAKA

Gambar ramai kedua-dua pasukan sebelum perlawanan

Zainal HJ

Perlawanan persahabatan badminton PESAKA vs Persatuan Guru-Guru dan Ibu Bapa Sekolah Yayasan (PTA) yang telah diadakan pada hari rabu, 8 April 2009 bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah tersebut. PESAKA diketuai oleh Timbalan YDP Awg Hj Musa bin Hj Libut. Ini adalah perlawanan kali kedua dan berkeputusan seri. Antara tujuannya mengeratkan talisiratulrahim dikalangan pemain-pemain disamping mendapat pengelaman bermain dengan cara berlawan dan bersukan untuk kesihatan fisikal dan mental.

Thursday, April 2, 2009

Majlis Perhimpunan Muslimah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi tahun 1430H/2009M

Kumpulan Dikir Muslimah Kampong Keriam, Tutong

Tetamu Kehormat Dyg Hjh Mazliyana binti Abdullah Fung (Isteri Pegawai Daerah Tutong)

Ceramah Khas disampaikan oleh Dr Andas Ustaz Hj Ismuhadi bin Abdullah




Zainal HJ

Khamis, 2 April 2009 - Tutong, Kg Keriam- Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Keriam dengan kelolaan bersama Majlis Perundingan Kampong Keriam dan Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) Tutong telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Muslimah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi tahun 1430H/2009M dengan tema "Kedewasaan Bernegara dengan Zikir" bertempat di Masjid Kampong Keriam, Tutong.Tetamu Kehormat Dyg Hjh Mazliyana binti Abdullah Fung (Isteri Pegawai Daerah Tutong).Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah yang diketuai oleh Dyg Hjh Zaharah binti Hj Md Salleh dan diteruskan dengan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran oleh Dyg Hjh Siti Arbi binti Hj Libut.Ceramah Khas disampaikan oleh Dr Andas Ustaz Hj Ismuhadi bin Abdullah yang menceritakan kehiduapan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda yangmana menjadi contoh dan tauladan kehidupan kekeluargaan kebahagian rumah tangga di zaman yang mencabar dan banyak cubaan ini bersesuaian dengan tema majlis.Diteruskan lagi dengan persembahan Dikir oleh Kumpulan Dikir Muslimah Keriam. Majlis di akhiri dengan bacaan doa oleh Dyg Hjh Zaharah binti Hj Md Salleh. Majlis dihadiri oleh jemputan-jemputan khas, ahli-ahli pertubuhan dan persatuan dan penduduk-penduduk kampong dan kampong disekitarnya. Keramaian dijangkaan kira-kira 200 orang.

Tuesday, March 31, 2009

Majlis Sambutan Ulangtahun Penubuhan PESAKA yang kini berusia 49 tahun

Tetamu Kehormat dan Jemputan-jemputan Khas

Zainal HJ

Tutong - Selasa, 31 Mac 2009 - Persatuan Melayu Keriam, (PESAKA) Tutong telah mengungkayahkan Majlis Sambutan Ulangtahun Penubuhan PESAKA yang kini berusia 49 tahun yang mana PESAKA ditubuhkan pada 1 April 1960.Aturcara Majlis Sembahyang berjemaah, bacaan surah Yassin, Tahlil dan Doa Tahlil. Sebaik saja selesai sembahyang berjemaah majlis dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua PESAKA Awg Ahanapi bin Hj Mahadi yang mana menyentuh PESAKA hari ini berusia 49 tahun, hanya tinggal setahun lagi akan menyambut Jubli Emas Penubuhannya tahun depan. Sejak penubuhannya PESAKA telah banyak aktif dari segi sosio budaya, sukan dan ekonomi, semuanya ini adalah bagi kepentingan ahli-ahli dan penduduk kampong sekelilingnya sehingga kan PESAKA telah banyak diberikan Anugerah-anugerah dari kecil hinggalah mencapai anugerah peringkat kebangsaan dan peringkat luar negara seperti pernah di anugerahkan Persatuan cemerlang 2007 dan anugerah ASEAN Tayo Filipin pada tahun 2007. Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut Awg Hj Muhammad Sufian bin Hj Bungsu, Penolong Pegawai Daerah Tutong. Turut hadir Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Awg Hj Mohd Taha bin Rauf (Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu Mukim Keriam dan Ahli Lembaga Penasihat PESAKA), Awg Morsidi bin Hj Mahadi (Keuta Kampong Keriam),Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampong Keriam, bekas-bekas Yang Dipertua PESAKA, ahli-ahli PESAKA dan penduduk-penduduk kampong Keriam.