? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, July 26, 2010

Perlawanan Badminton Persahabatan Pos dan PESAKA

Oleh Hazman HMKedua-dua Pasukan bergambar ramai sebagai kenang-kenangan.

Tutong,Ahad 25hb July – Pasukan Badminton PESAKA dari Persatuan Melayu Keriam (PESAKA), Tutong telah menerima kunjungan dari Jabatan Perkhidmatan Pos bagi mengadakan perlawanan badminton persahabatan yang berlangsung semalam bertempat di Dewan Sekolah Rendah Keriam Tutong. Mengetuai Pasukan dari Jabatan Perkhidmatan Pos ialah Awg Hj Abd Kadir Bin Tengah, Ketua Pos Agung dan dari PESAKA di ketuai oleh Awg Hj Musa Bin Hj Libut, Timbalan Yang Dipertua PESAKA. Sebelum perlawanan dimulakan pertukaran cendrahati dari kedua-dua pasukan dan bergambar ramai. Perlawanan persahabatan ini adalah kesinambungan daripada perlawanan bolasepak persahabatan diantara kedua-dua pasukan pada tahun 2006 yang lalu dan antara tujuan perlawanan tersebut adalah untuk mengeratkan talisiratul rahim dikalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos dengan pemimpin-pemimpin, belia-belia dan ahli-ahli Persatuan PESAKA,Perlawanan badminton persahabatan ini salah satu kegiatan dan aktiviti PESAKA, beriadah sambil bersukan untuk kesihatan dan disamping mencukil bakat-bakat baru belia-belia PESAKA.

Awg Hj Abd Kadir menyerahkan cenderahati kepada Awg Hj Musa