? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, May 14, 2012

Badminton persahabatan antara PESAKA dan Mukim Pengkalan Batu

Oleh Hazman HM Kedua-dua pasukan bergambar ramai sebagai kenang-kenangan. TUTONG, 13 Mei - Pasukan badminton Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan badminton dari Mukim Pengkalan Batu yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Keriam Tutong pada malam tadi. Pasukan Mukim Pengkalan Batu telah diketuai oleh Awang Mohd Reduaan bin Haji Alias manakala pasukan PESAKA diketuai oleh Awang Roslin bin Suhailee, Pengerusi Tetap PESAKA. Perlawanan tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk Mukin Pengakalan Batu dengan pemimpin-pemimpin, ahli-ahli Persatuan PESAKA dan juga penduduk Kampung Keriam. Perlawanan badminton persahabatan ini adalah satu kegiatan dan aktiviti PESAKA iaitu beriadah sambil bersukan untuk kesihatan. Di samping itu, kegiatan ini juga dapat mengenal bakat-bakat dari kalangan belia-belia PESAKA. Acara pada malam tadi telah dimulakan dengan ucapan daripada ketua kedua-dua pasukan dan diikuti dengan penyampaian cenderahati daripada Awang Roslin kepada ketua pasukan Mukim Pengkalan Batu.