? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, April 10, 2010

Persatuan landasan pembentukan masyarakat prihatin, berhemah tinggi

TIMBALAN Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin menyaksikan salah satu pameran di Pesta Mini Karnival sempena Sambutan Jubli Emas Persatuan PESAKA. (Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman)

Koleksi dari Pelita Brunei pada 5 April 2010
Oleh Berita dan Foto : Shari Haji Garib

KAMPUNG KERIAM, Ahad, 4 April. - Sesebuah persatuan boleh dianggap sebagai landasan ke arah pembentukan masyarakat yang prihatin dan berhemah tinggi.

Penghayatan serta amalan budaya bantu-membantu dan semangat gotong-royong, bekerjasama, berkongsi maklumat dan pengalaman dalam melayari perjalanan sesebuah persatuan akan dapat membina jati diri yang sempurna selaras dengan hasrat untuk melahirkan generasi muda yang berwawasan dan peka dengan isu semasa serta kehendak negara.

Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin menyatakan demikian semasa berucap selaku tetamu kehormat Majlis Penutup Sambutan Jubli Emas Persatuan Melayu (PESAKA), Tutong di Dewan Wawasan PESAKA, di sini.

Katanya, di samping membantu dalam menangani gejala sosial, sesebuah persatuan juga memainkan peranan penting sebagai wadah dalam menyampaikan mesej kerajaan agar segala maklumat dapat disebar dan maklum balas diterima dengan cepat dan tepat.

Beliau juga berharap supaya persatuan-persatuan meletakkan aspirasi negara sebagai tunggak hala tuju gerakan mereka melalui perancangan dan perlaksanaan pelbagai program baik yang berbentuk keagamaan, kebajikan, penyelidikan dan ekonomi.

Bagi aktiviti-aktiviti ekonomi ujarnya, dengan adanya hala tuju tersebut bukan sahaja akan dapat meningkatkan hasil pendapatan ahli-ahli persatuan malah menyumbang kepada ekonomi negara.

Terdahulu Pengiran Hajah Mariana mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PESAKA kerana dapat bertahan dan telah mencapai perkembangan yang begitu pesat dan membanggakan.

Pencapaian PESAKA menurut beliau bukan sahaja di peringkat daerah dan kebangsaan apabila menerima Anugerah Persatuan Aktif Daerah Tutong pada tahun 1999 dan penerima Anugerah Persatuan Belia di peringkat kebangsaan pada tahun 2007 tetapi yang lebih membanggakan PESAKA telah mencipta nama setelah mendapat pengiktirafan di peringkat serantau sebagai penerima Anugerah 'Ten ASEAN Youth Organisation' di Cebu, Filipina.