? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, February 14, 2010

WANITA PERDA BADUDUN KE PESAKA DAN MAJLIS PENARIKKAN BENDERA NEGARA BRUNEI SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE 26 TAHUN

Upacara Penarikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Kebangsaan yang ke-26 Tahun

Upacara Penarikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Kebangsaan yang ke-26 Tahun

Penyerahan Bendera dari Awg Hj Marsal bin Hj Talib (AJKT) kepada Tetamu Kehormat OKMB Awg Hj Othman bin Uking.

Wanita PERDA membuat persembahan

Belia-belia PESAKA membuat Persembahan

Senam Aerobik sebelum membuat 'Brisk Walk' 3 km kawasan Kampong Keriam.

Mendengar taklimat dari PESAKA

Senam Aerobik sebelum membuat 'Brisk Walk' 3 km kawasan Kampong Keriam.





Wanita PERDA dan PESAKA


Bersalam-salaman
Mengeratkan lagi talisriatul mustaqim sesama kita


Bergambar Ramai kedua-dua Persatuan


Photo dan Teks : Zainal HJ

07 Februari 2010 - Seramai 40 orang wanita PERDA (Persatuan Pemuda Pemudi Kg Penanjong, Tutong) telah badudun (berkunjung) ke PESAKA. Wanita Perda yang diketuai oleh Dyg Hjh Rosni bin Tunggal Setiausaha Wanita PERDA. Kedatangan mereka telah disambut oleh Yang Dipertua dan Ketua Biro Wanita PESAKA Dyg Hjh Jainah binti Hj Lahap dengan memulakan dengan senaman Aerobik dan brisk walk sejauh 3 km mengelilingi kawasan Kampong Keriam. Aturcara Majlis dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua, ucapan balas ketua rombongan, Taklimat mengenai PESAKA oleh Naib Yang Dipertua Awg Roslin bin Suhailee dan Persembahan kedua-dua pihak. Belia-belia PESAKA telah membuat dua persembahan tarian dan PERDA pula membuat dua persembahan nyanyian.

Kira-kira Jam 11.30 pagi upacara penarikkan Bendera Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kebangsaan yang ke- 26 tahun juga dilancarkan oleh tetamu kehormat Orang Kaya Maha Bijaya Awg Hj Othman bin Uking dan melagukan lagu Kebangsaan dan Kibarkan Bendera Kita. Doa Selamat dibacakan oleh Imam Hj Mohd Kartolo bin Hj Abang.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahhari berramai bersama rombongan Wanita PERDA dan jemputan-jemputan Penarikkan Bendera.