? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, April 6, 2010

PELANCARAN JUBLI EMAS PESAKA

Bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat sebaik saja Pelancaran Tugu Jubli Emas PESAKA

Teks oleh : Zainal HJ

Tutong - Khamis, 1 April 2010 - Persatuan Melayu Keriam, (PESAKA) Tutong telah menyambut Jubli Emas semalam dengan di dahulu Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran Jubli Emas bertempat dimasjid Kampong Keriam, Tutong. Tetamu kehormat pada Majlis tersebut Yang Mulia Awg Hj Mohd Abdoh bin Dato Seri Setia Hj Abdul Salam, Setiausaha Tetap Kementerian dalam Negeri. Majlis bermula dengan bacaan Alfatihah yang diketuai oleh Tetamu Kehormat dan doa Khatam di bacakan oleh Imam Masjid Kg Keriam.

Tutong - Jumaat, 2 April 2010 - Persatuan Melayu Keriam PESAKA Tutong hari ini bermula Majlis Pelancaran Jubli Emas yang dirasmikan oleh tetamu Kehormat Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Dani bin Hj Ibrahim dan Datin , Timbalan Menteri Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir Yang Awang Mawardi bin Hj Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Hj Othman bin Uking, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Awg Hj Mohd Taha bin Rauf, Yang Mulia Awg Hj Muhd Suffian bin Hj Bungsu, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua Kampong Keriam, Para Jemputan Khas, ahli-ahli PESAKA dan penduduk Kampong Keriam. Majlis bermula dengan Ucapan Yang Dipertua PESAKA dan seterusnya Ucapan tetamu kehormat dan diteruskan Penyampaian Anugerah-anugerah Jubli Emas kepada Anugerah Khas Pengasas PESAKA kepada 24 orang yang mana pada tahun 60'an lagi mereka menubuhkan sebuah organisasi yang pada masa ini dikenali sebagai PESAKA. Anugerah Khas Yang Dipertua dianugerahkan kepada 7 orang kepada Yang Dipertua dan mantan Yang Dipertua sejak tahun 1960 hingga sekarang. Anugerah Pemimpin Berjasa diberikan kepada 7 orang, mereka ini pernah menjadi Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi dan Tadbir selama 20 tahun dan senantiasa aktif dan berjasa kepada PESAKA. Anugerah Belia Cemerlang dianugerahkan kepada 7 orang, mereka ini juga terlibat dengan Ahli Jawatankuasa Tetap Tertinggi/ Tadbir tidak kurang 10 tahun dan melibatkan diri mewakili negara dalam bidang yang dicaburi dalam dan luar negeri, pernah mengharumkan nama PESAKA dalam bidang yang dicaburi. Sijil-sijil penghargaan Jubli Emas juga diberikan kepada semua ahli-ahli Jawatankuasa yang pernah menjadi ahli Jawatankuasa Tadbir dari tahun mula ditubuhkan hingga sekarang.

Majlis diteruskan dengan pelancaran Tugu Jubli Emas dan Penanaman 50 pohon pokok Longan di kawasan Dewan Wawasan PESAKA oleh tetamu Kehormat dan Datin. Tetamu Kehormat seterusnya dibawa meyaksikan Mini Karnival Jubli Emas dan pameran-pameran dari agensi-agensi Kerajaan, Pameran dari syarikat menjual kerita, Pameran Urusan Rumah tangga dan Pameran Jubli Emas PESAKA. Orang Ramai yang ingin berkunjung datang ke pameran tersebut dan dibuka selama 3 hari bermula hari Khams, 1 hingga hari Ahad 4 April 2010.