Oleh Hazman HM Kedua-dua pasukan bergambar ramai sebagai kenang-kenangan. TUTONG, 13 Mei - Pasukan badminton Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan badminton dari Mukim Pengkalan Batu yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Keriam Tutong pada malam tadi. Pasukan Mukim Pengkalan Batu telah diketuai oleh Awang Mohd Reduaan bin Haji Alias manakala pasukan PESAKA diketuai oleh Awang Roslin bin Suhailee, Pengerusi Tetap PESAKA. Perlawanan tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk Mukin Pengakalan Batu dengan pemimpin-pemimpin, ahli-ahli Persatuan PESAKA dan juga penduduk Kampung Keriam. Perlawanan badminton persahabatan ini adalah satu kegiatan dan aktiviti PESAKA iaitu beriadah sambil bersukan untuk kesihatan. Di samping itu, kegiatan ini juga dapat mengenal bakat-bakat dari kalangan belia-belia PESAKA. Acara pada malam tadi telah dimulakan dengan ucapan daripada ketua kedua-dua pasukan dan diikuti dengan penyampaian cenderahati daripada Awang Roslin kepada ketua pasukan Mukim Pengkalan Batu.
Monday, May 14, 2012
Tuesday, October 5, 2010
PESAKA Hari Raya get together event
The chairman presenting a gift to the guest of honour
A dance performance by members of PESAKA.
The guest of honour was Dr Awang Mataim bin Bakar, Research Director, Ministry of Youth, Culture and Sports.
The event began with a welcoming speech by Council Chairman, Awg Hj Md Yussof bin Hj Siput and also Vice President of PESAKA.
He said the aim of the event was to foster relationships among members and villagers.
The event was enlivened with singing and dancing performances by youths and members of PESAKA as well as a children fashion contest.
The highlight of the evening was the presentation of prizes for the 18th house decoration contest in conjunction with Hari Raya Aidilfitri, which was won by Awg Hj Musa bin Hj Libut, while Dyg Hj Zainah binti Dato Paduka Hj Abd Wahab and Awg Hj Majid bin Ratu won the second and third place respectively.
Gifts were presented by the guest of honour and spouse.
at 6:46 PM
Tuesday, August 31, 2010
3 Agensi Bergabung Bersih Kubur
Tutong- Ahad, 29 Ogos 2010 - Gabungan Majlis Perundingan Kampong (MPK) Keriam, Ahli Jawatan Kuasa Takmir Masjid Kampong Keriam dan Persatuan Melayu Keriam, (PESAKA) Tutong telah mengungkayahkan gotong ruyung membersihkan tanah perkuburan Kabaran, Kampong Keriam dan seterusnya membaca tahlil beramai-ramai. Hadir mengetuai kerja gotong ruyung tersebut ialah Yang Mulia Awg Hj Morshidi Bin Hj Mahadi, Ketua Kampong Keriam dan Yang dipertua PESAKA Awg Ahanapi bin Hj Mahadi. Bacaan Tahlil dan doa dibacakan oleh Ustaz Nooralizam bin Hj Idris. Kegiatan seumpama ini adalah aktiviti tahunan gabungan 3 pertubuhan setiap tahun sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.
Pembersihan Tanah perkuburan sedang dijalankan
at 6:08 PM
PESAKA holds donation ceremony for less fortunate
Tutong 29th August - Tutong's Keriam Malay Association (PESAKA) with the cooperation of the Keriam Village Consultative Council and the takmir committee members of the Keriam Mosque held a ceremony, which saw orphans and special needs individuals of the Keriam Village receive donations.
The guest of honour at the event, which took place in the morning, was the Tutong District Assistant Officer, Abd Ghani bin Haji Othman, who presented donations to 17 orphans and special needs individuals. Also present was Legislative Council member and Penghulu of Mukim Keriam, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Mohd Taha bin Abd Rauf.
Another event that took place in the afternoon commenced with surah al-fatihah, followed by surah yaasiin and a tahlil led by Imam Haji Mohd Kartolo bin Haji Abang of the Keriam Mosque.
In his welcoming speech, Chairman Ustaz Noralizam bin Haji Idris said that the gathering was held to express gratitude to PESAKA and residents of the Keriam Village for their contribution in helping the less fortunate and he also hoped that such deeds would continue, especially in light of the upcoming Hari Raya celebrations.
at 5:47 PM
Wednesday, August 11, 2010
MESYUARAT AGUNG PESAKA KALI KE-33 (2010)
Teks dan gambar oleh: Zainal HJ
Hari Ahad, 1 Ogos 2010 - Tutong - Keriam Malay Association (PEAAKA) recently held its 33rd annual general meeting at their building visionary hall.
The chief guest who officiated the AGM was the Advisor of Mukim Keriam Consultative Council, Dato Paduka Awg Hj Zakaria bin Hj Jeneh.
The event started with a recitation of the surah al-fatihah followed by welcoming remarks by the President of PEAAKA, Awg Ahanapi bin Hj Mahadi and the chief guest.
Awg Ahanapi talked about the development and progress of PESAKA and its ability to become sustainable and being conferred with several awards both locally and abroad.
He also urged association leaders of 2010-2011 sessions to be more proactive in generating the economy to gain more financial resources. He also called on youths to be forward looking.
The 2009-2010 administrative committee members were dissolved and 16 new executive committee were appointed for the 2010-2011 session by the ad-hoc chairperson appointed by Awg Hj Othman bin Hj Pisi. -- Courtesy of Borneo Bulletin
at 11:25 PM
Sunday, August 1, 2010
PESAKA, Bomba anjur perlawanan persahabatan
Oleh Hazman HM
Mengetuai Pasukan dari Jabatan Bomba Cawangan Operasi C ialah SFR Awg Ranee Bin Hj Othman dan dari PESAKA di ketuai oleh Awg Hj Musa Bin Hj Libut, Timbalan Yang Dipertua PESAKA.
Sebelum perlawanan dimulakan pertukaran cenderahati dari kedua-dua pasukan dan bergambar ramai dijalankan.
Perlawanan persahabatan ini bertujuan mengeratkan talisiratul rahim dikalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba dengan para pemimpin, belia dan ahli Persatuan PESAKA.
Perlawanan persahabatan ini salah satu kegiatan dan aktiviti PESAKA, beriadah sambil bersukan untuk kesihatan dan disamping mencukil bakat-bakat baru belia PESAKA.
at 11:20 PM
Monday, July 26, 2010
Perlawanan Badminton Persahabatan Pos dan PESAKA
Tutong,Ahad 25hb July – Pasukan Badminton PESAKA dari Persatuan Melayu Keriam (PESAKA), Tutong telah menerima kunjungan dari Jabatan Perkhidmatan Pos bagi mengadakan perlawanan badminton persahabatan yang berlangsung semalam bertempat di Dewan Sekolah Rendah Keriam Tutong. Mengetuai Pasukan dari Jabatan Perkhidmatan Pos ialah Awg Hj Abd Kadir Bin Tengah, Ketua Pos Agung dan dari PESAKA di ketuai oleh Awg Hj Musa Bin Hj Libut, Timbalan Yang Dipertua PESAKA. Sebelum perlawanan dimulakan pertukaran cendrahati dari kedua-dua pasukan dan bergambar ramai. Perlawanan persahabatan ini adalah kesinambungan daripada perlawanan bolasepak persahabatan diantara kedua-dua pasukan pada tahun 2006 yang lalu dan antara tujuan perlawanan tersebut adalah untuk mengeratkan talisiratul rahim dikalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos dengan pemimpin-pemimpin, belia-belia dan ahli-ahli Persatuan PESAKA,Perlawanan badminton persahabatan ini salah satu kegiatan dan aktiviti PESAKA, beriadah sambil bersukan untuk kesihatan dan disamping mencukil bakat-bakat baru belia-belia PESAKA.
Awg Hj Abd Kadir menyerahkan cenderahati kepada Awg Hj Musa
at 5:54 PM
Kiudang Mungkom Juara 7 Sepasukan
Oleh: Hazman HM
Tutong - Ahad, 18hb.July 2010 - Perlawanan akhir bolasepak 7 orang sepasukan bersempena ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan yang ke 64 tahun anjuran Persatuan Melayu Keriam (PESAKA), Tutong berakhir hari ini. Perlawanan akhir diantara Pasukan Kiudang Mungkom dan Empire United yang mana dimenangi oleh pasukan Kiudang Mungkom dengan jaringan 3 berbalas 1 yang di tentukan melalui sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol sehingga wisel penamat.
Pasukan Kiudang Mungkom menerima hadiah Piala Pusingan sumbangan Awg Rosli Bin Hj Bolhassan, Wang Tunai dan Hadiah perseorangan. Tempat Ketiga bersama dari Pasukan PESAKA A dan PESAKA B. Pemain Terbaik dimenang oleh Awg Azril Bin Md Ali dari Pasukan Kiudang Mungkom. Kejohanan yang bermula pada 20hb Jun lalu adalah yang ke 36 kali ianya dianjurkan dan juga sebagai projek tahunan PESAKA. Hadir Selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awang Abd Ghani Bin Hj Othman, Penolong Pegawai Daerah Tutong yang juga sterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah. Majlis diakhiri dengan penyampaian cendramata kepada Tetamu Kehormat oleh Pengerusi perlawanan Awg Missli Bin Hj Talip.Perlawanan berlangsung di Padang Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong.
Pengerusi perlawanan menyampaikan Cenderamata kenangan kepada tetamu kehormat
Tetamu kehormat menyampaikan piala pusingan kepada ketua Pasukan Kiudang Mungkom.
at 5:40 PM
Saturday, April 10, 2010
Persatuan landasan pembentukan masyarakat prihatin, berhemah tinggi
Koleksi dari Pelita Brunei pada 5 April 2010
Oleh Berita dan Foto : Shari Haji Garib
KAMPUNG KERIAM, Ahad, 4 April. - Sesebuah persatuan boleh dianggap sebagai landasan ke arah pembentukan masyarakat yang prihatin dan berhemah tinggi.
Penghayatan serta amalan budaya bantu-membantu dan semangat gotong-royong, bekerjasama, berkongsi maklumat dan pengalaman dalam melayari perjalanan sesebuah persatuan akan dapat membina jati diri yang sempurna selaras dengan hasrat untuk melahirkan generasi muda yang berwawasan dan peka dengan isu semasa serta kehendak negara.
Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin menyatakan demikian semasa berucap selaku tetamu kehormat Majlis Penutup Sambutan Jubli Emas Persatuan Melayu (PESAKA), Tutong di Dewan Wawasan PESAKA, di sini.
Katanya, di samping membantu dalam menangani gejala sosial, sesebuah persatuan juga memainkan peranan penting sebagai wadah dalam menyampaikan mesej kerajaan agar segala maklumat dapat disebar dan maklum balas diterima dengan cepat dan tepat.
Beliau juga berharap supaya persatuan-persatuan meletakkan aspirasi negara sebagai tunggak hala tuju gerakan mereka melalui perancangan dan perlaksanaan pelbagai program baik yang berbentuk keagamaan, kebajikan, penyelidikan dan ekonomi.
Bagi aktiviti-aktiviti ekonomi ujarnya, dengan adanya hala tuju tersebut bukan sahaja akan dapat meningkatkan hasil pendapatan ahli-ahli persatuan malah menyumbang kepada ekonomi negara.
Terdahulu Pengiran Hajah Mariana mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PESAKA kerana dapat bertahan dan telah mencapai perkembangan yang begitu pesat dan membanggakan.
Pencapaian PESAKA menurut beliau bukan sahaja di peringkat daerah dan kebangsaan apabila menerima Anugerah Persatuan Aktif Daerah Tutong pada tahun 1999 dan penerima Anugerah Persatuan Belia di peringkat kebangsaan pada tahun 2007 tetapi yang lebih membanggakan PESAKA telah mencipta nama setelah mendapat pengiktirafan di peringkat serantau sebagai penerima Anugerah 'Ten ASEAN Youth Organisation' di Cebu, Filipina.
at 8:11 AM
Friday, April 9, 2010
PESAKA sambut Jubli Emas penubuhannya
di Majlis Pelancaran Jubli Emas PESAKA
Dato Paduka Haji Awang Dani merasmikan Tugu Jubli Emas PESAKA, sebagai kenangan sempena sambutan Jubli Emas.
Koleksi dari Pelita Brunei Keluaran 3 April 2010
TUTONG, Jumaat, 2 April. - Persatuan Melayu Keriam, Tutong (PESAKA) mempunyai sejarah yang membanggakan setelah mampu bertahan sehingga 50 tahun berserta kejayaannya mengadakan rancangan-rancangan dan projek-projek bagi merealisasikan misi, matlamat serta tujuan penubuhan persatuan.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Awang Dani bin Haji Ibrahim berpendapat PESAKA sesuai dijadikan sebagai 'role model' dan inspirasi kepada persatuan-persatuan belia terutama kepada persatuan yang baru kerana menurutnya kebanyakan persatuan belia yang ditubuhkan di negara ini tidak dapat bertahan dan ada di antaranya dalam keadaan 'hidup segan, mati tak mahu'.
Berucap selaku tetamu kehormat di Majlis Pelancaran Jubli Emas PESAKA yang berlangsung di Dewan Wawasan PESAKA di sini, Yang Dimuliakan percaya PESAKA ditubuhkan oleh anggota-anggota masyarakat kampung yang mempunyai sikap yang dinamik iaitu bersemangat, bersefahaman dan suka berbakti untuk memajukan masyarakat kampungnya melalui pelbagai aktiviti yang mengandungi kerohanian, mental dan jasmani. "Sesebuah persatuan mempunyai ciri-ciri yang baik yang merupakan nilai-nilai murni seperti perpaduan, kerjasama, semangat sukarela, persefahaman, pemedulian/prihatin, mempunyai semangat kerja berpasukan, patriotik dan rela berkorban masa dan tenaga serta material demi kesejahteraan, kebajikan serta kemajuan bersama," jelas Yang Dimuliakan dengan penuh kepercayaan. Terdahulu dari itu, Yang Dimuliakan juga turut menggariskan makna persatuan yang menurutnya adalah pertubuhan yang merupakan suatu ikatan yang menggabungkan serta menyatukan individu-individu dalam masyarakat yang mempunyai semangat dan persefahaman, iaitu untuk berbakti membangun dan memajukan masyarakat secara sukarela dengan mewujudkan matlamat serta objektif yang disepakati bersama. Yang Dipertua PESAKA, Awang Ahanapi pula dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan sedikit latar belakang persatuan PESAKA yang pada awal penubuhanya dinamakan PMKT dan telah ditubuhan oleh seramai 24 orang pengasas terdiri dari anak-anak Kampung Keriam pada 1 April 1960. PESAKA katanya telah dapat mengharumkan nama Kampung Keriam dan telah dapat menggarap ke arah penyatuan masyarakat sekeliling seperti mana moto persatuan iaitu 'Bersatu Untuk Perpaduan'. Di majlis itu tetamu kehormat juga telah berkesudian menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Jubli Emas PESAKA, di samping sijil penghargaan dan seterusnya merasmikan Tugu Jubli Emas PESAKA, menanam pokok longan sebagai pokok kenangan Jubli Emas. Selain beberapa pameran yang telah diatur oleh PESAKA, pameran dari beberapa agensi kerajaan dan swasta yang lain turut memeriahkan lagi acara termasuk dari Jabatan Biro Kawalan Narkotik, Bahagian Pesakit Luar, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Cawangan Tutong (pemeriksaan kesihatan) dan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong. Sambutan Jubli Emas PESAKA telah diadakan selama empat hari bermula dengan Majlis Khatam Al-Qur'an yang telah diadakan semalam, sementara di sebelah pagi tadi diadakan Pesta Mini Karnival iaitu pameran oleh agensi kerajaan, peraduan dan pameran urusan rumah tangga. Di antara yang hadir sama di majlis itu Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Awang Haji Mohammad Taha bin Abd. Rauf dan Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Awang Haji Mawardi bin Haji Abdullah dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu.
at 8:15 AM