? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, June 10, 2008

PERLAWANAN BOLASEPAK 7 ORANG SEPASUKAN KALI KE 34 BAGI TAHUN 2008

Oleh: Md Hazman
Persatuan Melayu Keriam Tutong akan menganjurkan perlawanan bola sepak 7 orang sepasukan bersempena sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 62 Tahun Bagi tahun 2008. Perlawanan ini adalah yang ke 34 ianya dianjurkan oleh PESAKA yang ianya terbuka kepada kepada semua Persatuan-Persatuan Belia, Kampong-Kampong, Kelab-Kelab, Sekolah-Sekolah, Pejabat-Pejabat Kerajaan dan Firma-Firma swasta di seluruh Negara Brunei Darussalam.

Antara Syarat-Syarat Perlawanan :

1. Pemain yang telah pun bermain pada perlawanan pertama bagi satu-satu pasukan, tidak dibenarkan diganti dengan pemain yang lain selain daripada pemain yang telah didaftarkan dalam pemain pasukan tersebut.

2. Jumlah penyertaan pasukan tidak dihadkan.

3. Setiap pasukan mestilah menyenaraikan seramai 9 orang pemain termasuk 2 orang pemain simpanan.

4. Pemain-pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu pasukan sahaja.

5. Tiap-tiap pasukan hendaklah menyediakan 2 pasang jersey yang berlainan warna. Pakaian pemain hendaklah seragam kecuali penjaga gol.

Tarikh tutup penghataran borang beserta bayaran pendaftaran masuk bagi satu pasukan sebanyak BND$ 60.00 ialah 4hb. Julai 2008(Hari Jumat) Jam 4.00 Petang. Semua perlawanan akan diadakan di padang Komplek Sukan Tutong. Format perlawanan bagi pusingan awal di jalankan secara liga kumpulan manakala pusingan seterusnya akan dijalankan secara knock out system.

Tarikh perlawanan pusingan awal akan bermula pada 13hb, 20hb, 27hb Julai 2008 dan perlawanan akhir akan diadakan pada 3hb Ogos, 2008, perlawanan akan diadakan pada setiap hari Ahad dan tertakluk kepada perubahan pihak penganjur dan cabutan undi akan diadakan pada 6hb. Julai 2008 (Hari Ahad) Jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) Tutong, Kampong Keriam Tutong.

Borang-borang penyertaan boleh didapati dan dikembalikan daripada / kepada :

Awg Sharbini Bin Mohidin PejabatPerhutanan Tutong. Tel: 4221237 (Pejabat)

Awg Missli Bin Hj Talib IRT/21- Syarikat Minyak Brunei Shell Seria.
Tel no : 8738304 (M)

Awg Majid Bin Ratu
Pejabat Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja
Penanjong Garison,Tutong.
Tel no: 871384(M)

Awg Zepri Bin Hj Ahmad
Perumahan Kampong
Bukit Beruang, Tutong
Tel no: 8761639 (M)

Awg Zainal Bin Hj Jaidin
Institut Teknelogi Brunei (ITB)
Tel No : 8876539 (M)

Awg. Amir Emashukry Bin Hj. Sulaiman
BIBD, Cawangan Kg. Kiulap,BSB.
Tel no: 8863267 (M)

Kompleks Sukan Tutong
Tel no : 4260118.
*Tempat mengambil borang Sahaja