? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, May 13, 2008

EKSPEDISI KE-13 Ke Persatuan TIBA

Oleh Zainal HJ/ Md Hazman

7 Mei 2008 (Rabu) Brunei Muara - Seramai 6 orang Ahli Jawatankuasa Tetap Tertinggi PESAKA yang diketuai oleh Yang Dipertua, Awg Ahanapi Bin Haji Mahadi telah membuat kunjungan dan perundingan ke Persatuan Tiga Kampong Bersatu, TIBA Kg Salambigar, Brunei Muara bagi membuat perbincangan awal untuk mengadakan Ekspedisi Berbasikal yang mana cadangan bagi aktiviti tersebut akan diadakan pada 21hb hingga 23hb Jun 2008 (Sabtu-Isnin) bagi mengisi cuti persekolahan penggal kedua.

Ekspedisi berbasikal adalah acara tahunan Persatuan PESAKA dan tahun ini adalah kali ke 13 ianya diadakan. Setiausaha Agung 1, Awg Missli Bin Hj Talip di lantik sebagai Pegerusi Ekspedisi pada tahun ini.