TUTONG, Ahad 03.07.08 - Perlawanan akhir Bola Sepak 7 orang sepasukan kali ke-34 Tahun Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Ke-62 tahun bagi Daerah Tutong Anjuran Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) diadakan di Kompleks Sukan Daerah Tutong hari ini.
Sebanyak 18 buah pasukan menyertainya yang mana perlawanan tersebut dijalan selama tiga minggu bermula pada 21 Julai lalu.
Perlawanan Akhir itu telah dijuarai oleh Bukit Udal FC setelah menewaskan pasukan Yong Brothers FC dengan jaringan 1-0. Manakala PESAKA D dan PMS FC masing-masing menduduki tempat ketiga. Awg Azril Ali dari Pasukan Bukit Udal FC dinobatkan sebagai pemain terbaik.
Hadir selaku tetamu kehormat, Penolong Pegawai Daerah Tutong Awg Hj Muhammad Suffian Haji Bungsu.