Oleh : Zainal Hj / Md Hazman
Kg Keriam Tutong,29hb.Mac2008 - Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) telah mengendalikan Bengkel Persediaan Menghadapi Temuduga, ini adalah kali pertama ianya diadakan yang dihadiri 12 orang yang terdiri dari belia-belia yang pada masa ini sedang menuntut dan menanti pangilan temuduga untuk memasuki ke Universiti, ITB, Maktab Teknik atau yang sedang mencari pekerjaan. Bengkel ini telah diungkayahkan oleh Awg.Nordin bin Saban (Bendahari Agung) dengan kerjasama Biro Pemuda dan Sukan, turut dijemput Cikgu Kani bin Abdullah Ulang yang juga memberikan Mock interview dan seterusnya penilaian selepas ditemuduga. Kertas kerja bengkel telah disampaikan oleh Awg Nordin Bin Saban. Bengkel yang bermula jam 7.30 pagi hingga 12.30 tgh hari membuatkan peserta bengkel berpuas hati sambil menimba pengalaman baru yang belum pernah mereka lalui. Dengan menyertai bengkel seumpama ini, para peserta akan dapat pengetahuan yang sangat berguna untuk dibawa apabila menghadapi temuduga dimasa akan datang dan berharap bengkel ini akan diteruskan lagi dimasa akan datang untuk memberikan peluang kepada belia-belia yang lain pula.
