Oleh Zainal HJ
Tutong – Kampong Keriam – Ahad – 2 mac 2008..Hari ini, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Keriam, Tutong dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampong Keriam, Tutong dan Persatuan Melayu Keriam(PESAKA) Tutong menganjurkan Walkaton amal mengutip derma bagi mangsa banjir kilat Daerah Temburong baru-baru ini bertempat dan bermula di Masjid Kampong Keriam, Tutong.. Tetamu kehormat Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Awg Hj Mohd Taha bin Rauf, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Keriam, Tutong. Acara dimulakan dengan senaman memanaskan badan sebelum walkaton bermula yang kira-kira jauhnya 3 km. Sebelum walkaton dimulakan Tetamu kehormat memulakan memasukkan derma ke dalam tabung dan seterusnya orang-rang kenamaan di Kampong Keriam yang sama-sama turut menjayakan dan orang-orang kampong. Derma tersebut dikutip bermula hari ini dan akan diteruskan sehingga 12 mac 2008 melalui tabung-tabung di Masjid Keriam. Kutipan hari ini berjumlah sebanyak B$666.00. Hasil kutipan derma itu nanti seratus peratus akan didermakan kepada mangsa banjir daerah Temburong.
Yang Berhormat OKJP Dato Paduka Awg Hj Mohd Taha bin Rauf memulakan Memasukkan derma ke Tabung
Tetamu kehormat (Tengah) mengepalai walkaton
Memanaskan badan sebelum walkaton bermula