? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, March 4, 2008

Pasukan Bola Sepak PESAKA Terima Tajaan

Penyerahan Tajaan dari Pengurus Restoran Tanda Kasih kepada Yang Dipertua PESAKA. (Tengah-tengah Yang Dipertua, baju kemeja Pengurus Restoran dan baju hitam Pengurus Pasukan PESAKA Awg Amir Emashukry bin Hj Sulaiman)




Gambar ramai bersama pasukan bolasepak PESAKA, Yang Dipertua PESAKA, Ketua Kampog Keriam, Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PESAKA sebaik sahaja selesai majlis penyerahan.


Tutong – Selasa 19 feb 2008 – Pasukan Bola Sepak PESAKA terima tajaan baju T dari Restoran Tanda Kasih, Kampong keriam., Tutong.

Pasukan Bola sepak PESAKA yang menyertai Kejohanan Bolasepak TDAFA Tutong 2008 anjuran Persatuan Bolaseak Amatur Tutong Daerah Tutong(TDAFA) telah menerima tajaan dari sebuah restoran di Kampong Keriam (Restoran Tanda Kasih). Majlis penyerahan telah diadakan di Restoran tersebut dan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan terima kasih daripada Yang Dipertua Pesaka Awg Ahanapi bin Hj Mahadi dan ucapan dari Pengurus Restoran Tanda Kasih Awg Hj Ahmad bin Hj Md Idris.. Antara teks ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain dan mendoakan supaya pasukan PESAKA Berjaya demi untuk menampilkan pemain-pemain muda untuk diserapkan keperingkat Negara. Yang Dipertua PESAKA menyerahkan Baju T tersebut kepada Pengurus Pasukan Awg Amir Emashukry bin Hj Sulaiman.