Oleh: Zainal HJ

Tutong – Ahad- 10 feb 2008 – Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Tutong menganjurkan Upacara penggarakan dan Penarikkan Bendera Brunei Darussalam Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darusalam ke-24 bagi tahun 2008, Tema Tahun ini “TUNAS BANGSA” dan dikelolaan bersama Majlis Perundingan Kampong Keriam, Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) Tutong dan Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Keriam, Tutong bertempat di Dewan Wawasan PESAKA Kampong Keriam. Tetamu kehormat Majlis tersebut Yang Mulia Awg Haji Feisal bin Hj Eussof Ketua Cawangan Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Daerah Tutong.
Upacara dimulakan dengan Perarak dan penarikkan Bendera Negara Brunei Darussalam dengan diiringi oleh Pemimpin-pemimpin dan Belia-belia PESAKA, Belia-belia dari Program Belia Cinta Tanah Air, Pasukan Pengakap Daerah Tutong dan Pasukan Pancaragam Cadet Polis Daerah Tutong. Seterusnya penyerahan Bendera NBD daripada Pengerusi Majlis Awg Hj Bahrin Bin Hj Bolhassan dan menyerahkan kepada yang Dipertua PESAKA untuk di sampaikan kepada Tetamu Kehormat yang kemudiannya menyerahkan kepada Pasukan penarikkan bendera yang terdiri daripada Belia-belia dari Program Belia Cinta Tanah Air untuk dinaikan dan dikibarkan sambil diiringi dengan nyanyian Lagu Kebangsaan (Allah Peliharakan Sultan) dan Lagu Patriotik dengan iringan pancaragam kadet polis Daerah Tutong. Acara diteruskan dengan ucapan Ketua Kampong Keriam, Tutong Awg Hj Morsidi bin Hj Mahadi dan seterusnya Penyampaian Bendera-Bendera NBD kepada 30 orang Penduduk-penduduk Kampong keriam, Tutong oleh Tetamu Kehormat.
Tetamu Kehormat juga berkesudian berkunjung ke Kawasan Balai Raya kampong Keriam, Kediaman Ketua kampong, Ke dua buah rumah penduduk kampong Awg Hj Siput Bin Dollah dan Dyg Putih Bte Bakir (Rumah yang terpilih) untuk upacara penarikkan Bendera.

Yang Dipertua menyerahkan Bendera NBD kepada Tetamu Kehormat
Tetamu Kehormat menyampaikan Bendera NBD kepada salah seorang penduduk kampong
Penarikkan Bendera Depan Balai Raya Kampong Keriam.