Oleh : Md Hazman
Tutong (Ahad) - Persatuan Melayu Keriam Tutong (PESAKA), mengadakan mesyuarat agungnya yang ke 32 pada 27hb.January 2008 yang lalu. Hadir selaku tetamu kehormat pada hari tersebut ialah Yang mulia Awg Hj Jamain Bin Momin,Pegawai Daerah Tutong yang seterusnya melancarkan mesyuarat agung tersebut. Pada hari tersebut juga tetamu kehormat dibawa melawat dan menyaksikan pameran dibilik persidangan yang baru di mana berlangsungnya mesyuarat agung ke 32.
Mesyuarat agung hari tersebut ialah bagi merumus dan meloporkan segala aktiviti dan kewangan persatuan bagi tahun 2006/2007.
Kemuncak pada mesyuarat agung tersebut itu ialah pengumuman pemilihan Ahli jawatankuasa tetap tertinggi yang baru bagi sessi tahun 2008/2009.
Mesyuarat berakhir jam 1.00 tengah hari.