? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, April 3, 2008

PESAKA Meraikan Usia Penubuhan Di Kongres Belia Kebangsaan

Oleh : Zainal HJ / Md Hazman

Kek dengan lambang PESAKA bersempena penubuhan PESAKA ke 48 tahun

Berakas 1hb April 2008 - Jabatan Belia dan Sukan telah menganjurkan Kongres Belia Kebangsaan diDewan Utama Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas. Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) telah dijemput untuk megadakan pameran bersama-sama 10 persatuan belia yang lain untuk membuat pameran mengenai dengan Persatuan masing-masing.Hadir selaku Tetamu kehormat pada kongres tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Dato Seri Pahlawan Mejar Jeneral (B) Awg Haji Mohammad, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan yang juga merasmikan Kongres tersebut.
Kongres selama tiga hari itu menghimpunkan belia bagi memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pandangan dan berinteraksi bersama pembesar negara dan juga di peringkat pembuat dasar dalam membincangkan isu semasa kerana golongan belia adalah kumpulan yang tepat untuk membincangkannya. Isu semasa berkaitan belia yang dibincangkan itu adalah seperti Belia dan Kepimpinan, Belia dan Masyarakat, Pekerjaan dan Latihan Belia, Peranan Agensi Bukan Kerajaan (NGO's) Dalam Pembangunan Belia dan Negara dan Peluang Keusahawanan Di Kalangan Belia.

Aturcara pada pagi itu ialah perasmian Kongres Belia Kebangsaan dan menyaksikan pameran. Kebetulan pada hari itu juga usia penubuhan Persatuan Melayu Keriam(PESAKA) Tutong genap berusia 48 tahun.Yang Berhormat Pehin Menteri juga berkesudian memotong kek sempena hari penubuhanPESAKA ke-48 tahun.

Pameran yang dipamerkan semasa Kongres Belia Kebangsaan