? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, August 29, 2009

Mesyuarat AJKTT Kegiatan bagi bulan Ogos dan seterusnya

Teks : Zainal Hj
Gambar : Nordin Saban

Tutong, Kg Keriam - Jumaat, 28 Ogos 2009 - Mesyuarat kegiatan PESAKA (Ogos - Oktober 2009) diadakan untuk membincangkan kegiatan yang akan dikendalikan dalam bulan ramadhan dan bulan nanti. Hadir pada permesyuaratan itu Yang Dipertua PESAKA Awg Ahanapi bin Hj Mahadi, AJKTT, Ketua-ketua Biro dan Penolong. Mempengerusikan mesyuarat Pengerusi Tetap Awg Anuar bin Hj Md Jaya.
Agenda 1 . Majlis dimulakan dengan bacaan surah Alfatihah oleh Ustaz Zaidi bin Mohidin dan seterusnya ucapan Yang Dipertua. Mesyuarat membincangkan Majlis penyampaian derma anak-anak yatim dan anak-anak istemewa Kg Keriam seterusnya membaca surah yassin, doa tahlil dan berbuka puasa. Pengerusi bagi majlis ini Ustaz Zaidi bin Mohidin. Majlis ini ada anjuran PESAKA dengan kerjasama Majlis perundingan Kampong Keriam dan Takmir Masjid Kampong Keriam. Majlis akan diadalkan pada 17 September 2009.

Agenda 2. Peraduan bercucul rumah-rumah Kg Keriam Kali ke 17 sempena sambutan Hari Raya. Pengerusi bagi peraduan ini Awg Hj Mamat bin Hasbullah, Timbalan Pengerusi Awg Kamis dan setiausaha Ustaz Nooralizam bin Hj Idris.

Agenda 3 . Majlis Malam Ramah Mesra Aidil Fitri PESAKA 1430/2009. Dipengerusikan oleh Awg Nordin bin Saban, Timbalan Pengerusi Awg Hj Majid bin Ratu dan setiausaha Dyg Siti Haidah binti Hj Bolhassan. Majlis akan diadakan pada 17 Oktober 2009. Mesyuarat bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 ptg




AJKTT PESAKA