Hazman HM

Kampong Keriam, Tutong - Rabu, 1 Jul 2009 - Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampong Keriam (MPKK) dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Keriam buat kali ke 7 telah mengadakan Upacara Menaikkan Bendera Brunei Darussalam Sempena Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 63 tahun. Tetamu Kehormat pada upacara itu ialah Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awg Hj Othman Bin Uking, Ahli Mesyuarat Negara. Majlis dimulakan dengan Penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam oleh Pengerusi Majlis Awg Hj Majid bin Ratu kepada Tetamu Kehormat yang seterusnya menyerahkan kepada Pasukan Pengangkap Persatuan Pengangkap Daerah Tutong untuk dinaikkan dengan diiringi bersama nyanyian lagu kebangsaan dan Lagu "Berkibalah Bendera". Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Awg Hj Majid bin Ratu, yang mana beliau berasa bangga dan berterima kasih diatas penglibatan penduduk Kampong Keriam dalam upacara seumpama ini. Beliau juga berbangga kerana Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) telah diundang untuk membuat persembahan Kebudayaan di Festival yang akan diadakan di Kota Kinabalu,Sabah yang mana mereka akan bertolak pada 2hb Julai 2009. Acara pada petang ini, bukan sahaja menunjukan kecintaan kepada Raja malah ianya menunjukkan satu kerjasama dan perpaduan serta keharmonian diantara masyarakat di kampong ini dan negara amnya.Turut hadir pada upacara tersebut ialah Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Hj Mohd Taha bin Abd Rauf (Ahli Mesyuarat Negara dan penghulu Mukim Keriam). Doa selamat telah dibacakan oleh Imam Masjid Kampong Keriam Awg Hj Mohd Kartolo bin Hj Abang.