? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 17, 2008

PROGRAM ANAK ANGKAT PESAKA/SSEAYP35 [2008]


Zainal HJ

Jumaat, 7 Nov 2008 - Persatuan Melayu Keriam PESAKA Tutong sekali telah mengungkayahkan program keluarga angkat (Homestay program bersama PESAKA) secara berkumpulan bermula pada 7-9 November 2008 sempena persinggahan Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun kali ke-35 (SSEAYP2008) yang mana mereka berada di Negara Brunei Darussalam pada 6-9 November 2008. Sebanyak 10 Keluarga menyertainya dan 26 orang anak-anak angkat dari semua negara ASEAN dan Jepun. Program seupama ini telah dikendalikan sejak 1993 lagi sehingga sekarang. Majlis Ramah Mesra dan seterusnya mengucapkan Selamat Datang ke PESAKA Kampong Keriam, Tutong dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua PESAKA Awg Ahanapi bin Hj Mahadi dan seterusnya Taklimat Ringkas mengenai Penubuhan PESAKA dan Kampong Keriam, Tutong. Mereka juga dipersembahkan dengan Tarian Kebudayaan dari Penari-penari belia-belia PESAKA, Memperkenalkan anak-anak dan Keluarga-keluarga Angkat masing-masing dan Persembahan dari anak-anak angkat. Majlis di akhir dengan beramah mesra dan bertukar-tukar fikiran, memperkenalkan jenis-jenis keuh mueh Brunei sambil-sambil menikmati jamuan ringan bersama jemputan-jemputan khas, ahli-ahli dan keluarga-keluarga angkat.
Senarai Keluarga Angkat PESAKA/SSEAYP35 2008
Awg Hj Bolhassan bin Hj Abd Rahman - Indonesia/Malaysia
Awg Hj Sulaiman bin Hj Abd Rahman - Jepun / Vietnam
Awg Hj Abang bin Hj Abd Rani - Laos/Jepun/Vietnam/Indonesia
Awg Hj Musa bin Hj Libut - Indonesia / Singapura
Awg Hj Abd Halim bin Umar - Malaysia/Indonesia
Awg Roslin bin Suhailee - Jepun/Mynmar
Awg Nordin bin Saban - Singapura / Laos
Awg Hj Ali Ahmad bin Hj Lahap - Thailand/Malaysia/Filipin/Jepun
Awg Hj Bahrin bin Hj Bolhassan - Vietnam/Cambodia
Awg Zainal bin Hj Jaidin - Jepun/Filipin


Jemputan-jemputan Khas, AJK PESAKA dan Keluarga-keluarga angkat yang hadir



Persembahan dari penari-penari belia-belia PESAKA

Persembahan dari anak-anak angkat sseayp35 dari semua Negara


Memperkenalan Keluarga Hj Abang Hj abd rani dan anak-anak angkatnya


Menikmat jamuan


Sabtu, 8 November 2008 - Selain bersama keluarga angkat mereka seramai 26 orang telah dibawa melawat ke Pejabat Daerah tutong dan berinteraksi dengan Pegawai Daerah Tutong (Tutong District Officier). Mereka telah diiringi bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tetap Tertinggi dan Takbir yang diketuai oleh Awg Hj Musa bin Hj Libut (Timbalan Yang Dipertua PESAKA) , Awg Nordin bin Saban (Bendahari Agung PESAKA selaku Ketua Penyelaras Lawatan dan Keluarga Angkat PESAKA/SSEAYP35 2008), Awg Zainal bin Hj Jaidin (AJKTT/Ketua Biro Pemuda dan Sukan), Awg Amirul Shahril Hj Junaidi and Awg Md Hazman bin Hj Musa Biro Penerangan dan Perhubungan Awam. Ucapan alu-aluan dan Selamat datang oleh Pegawai Daerah dan taklimat disampaikan oleh salah seorang pegawai Perhubungan awam dan sesi soal jawab dan bertukar-tukar maklumat. Mereka juga telah diperkenalkan jenis-jenis produk anyaman dan kueh mueh tempatan sambil menikmati jamuan. Lawatan diakhiri dengan bergambar ramai bersama Pegawai Daerah.


Ucapan alu-aluan dan Selamat Datang dari Pegawai Derah Tutong.



Pegawai menyampaikan cendrahati kenang-kenangan kepada semua anak-anak angkat SSEAYP35



Disebelah petangnya mereka telah dibawa melawat ke Sekolah Menengah Saidina Othman Bukit Beruang dimana mereka disambut oleh Pengetua, pegawai-pegawai dan pelajar-pelajar dengan meriahnya bersama pukulan kompang dan pakaian tradisi orang-orang Brunei. Tetamu kehormat pada Majlis tersebut Awg Kassim bin Hj Mohd Yassin Penolong Pengarah Pelajaran, Jabatan Sekolah-sekolah(bekas Pengetua), majlis dimulakan bacaan Alfatihah dan ucapan Pengetua dan seterusnya taklimat ringkas mengenai dengan penubuhan dan perkembangan Sekolah tersebut. Sebaik saja selesai taklimat mereka juga telah diberi peluang sesi soal jawab dan seterusnya menikmati jamuan sambil melihat persembahan permainan guling tangan, tarian asli, fesyen pakaian dan persembahan pancak silat oleh pelajar-pleajar. Selain itu juga mereka telah diperkenalkan kueh mueh, pakaian-pakaian tradisi dan di tunjuk ajar bermain guling tangan. Majlis diakhiri dengan bergambar ramai bersama tetamu kehormat dan pegawai-pegawai dan pelajar-pelajar.


Ucapan alu-aluan dan selamat datang oleh Pengetua Sekolah


Penyampaian cendrahati sempena lawatan dari Tetamu Kehormat



Sessi bergambar ramai anak-anak angkat kapal belia sseayp35