? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 20, 2008

Pesta Hari PESAKA Ke-8



Oleh Zainal HJ

Sessi bergambar bersama Pegawai Daerah Tutong, Awg Hj Idris bin Hj Md Ali selaku tetamu kehormat Malam Kebudayaan Pesta hari Pesaka kali Ke-8 (2008)


Penyampaian hadiah nama bertuah Malam Kebudayaan oleh Pegawai Daerah Tutong kepada Muhd Hafif Fariz Bungsu,
bersama Pengerusi Majlis Awg Roslin bin Suhailee (NYDP)



TUTONG, Ahad 18 okt 2008 - Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) Tutong mengadakan Pesta Hari PESAKA kali Kelapan selama dua hari bermula semalam dan atur cara dimulakan dengan Malam Kebudayaan yang mengetengahkan persembahan nyanyian, tarian, fesyen dan pakaian beragam dan terimalah sampul surat. Selain penyanyi yang terdiri daripada belia dan anggota PESAKA, juga di undang ialah penyanyi jemputan, Shahrizan Masri dan persembahan dua tarian dari persatuan PERLU dan KESUMA bagi menyerikan majlis yang turut dihadiri Pegawai Daerah Tutong, Haji Idris Haji Md Ali.

Sementara pada hari ini Ahad 19 oktober 2008 atur cara bermula dengan Rumah Terbuka PESAKA sempena Hari Raya Aidil Fitri yang dihadiri Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Pengiran Haji Bahrom Pengiran Haji Bahar.
Atur cara dimulakan ucapan Yang Dipertua PESAKA, Awg Ahanapi Haji Mahadi diikuti bacaan doa selamat oleh Imam Masjid Kampung Keriam, Haji Kartolo Haji Abang dan menjamu selera di samping persembahan tarian dan nyanyian oleh belia PESAKA.
Turut diadakan ialah perlawanan akhir Rubik Cube antara lima peserta belia PESAKA yang dimenangi Awang Muhd Waiz Muhd Jofri dengan mencatat masa 54 saat dan penyampaian hadiah peraduan bercucul rumah Kampung Keriam kali ke-17 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1429 dengan pemenang cucul lampu minyak tanah ialah Awang Abd Rani Haji Md Jaya dan pemenang cucul lampu elektrik ialah Awang Haji Musa Haji Libut.


Sesi bergambar ramai bersama Pg Hj Bahrom Pg Hj Bahar, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Selaku Tetmu Kehormat Rumah Terbuka PESAKA sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1429H/2008M


Penyampaian Hadiah Johan bercucul Lampu Minyak Tanah kepada Awg Abd Rani bin Hj Md Jaya, dibawah ada reka bentuk cucul minyak tanah yang di pertandingkannya.

Awg Hj Musa bin Hj Libut, Johan peraduan bercucul lampu letrik ke-17 PESAKA (2008)