? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, March 13, 2009

Upacara Menaikkan bendera Brunei Darussalam sempena Hari Kebangsaan ke 25 tahun‏

Pengerusi Upacara Awg Hj Majid binRatu AJKTT PESAKA menyerahkan Bendera
Belia-belia PESAKA diberikan peranan untuk penarikkan Bendera
Bergambar Ramai bersama tetamu kehormat YB OKJP DP Hj Mohd Taha bin Rauf,
Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu Mukim Keriam dan Ahli Lembaga Penasihat PESAKA

Zainal HJ

Tutong - Kampong Keriam -Ahad, 8 Feb 2009 - Anjuran Bersama Persatuan Melayu Keriam (PESAKA), Majlis Perundingan Kampong Keriam (MPKK) dan Takmir Masjid Kampong Keriam telah mengadakan Upacara Menaikkan Bendera Brunei Darussalam Sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan kali ke-25 tahun hari ini. Tetamu Kehormat Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Hj Mohd Taha bin Rauf (Ahli Mesyuarat Negara dan penghulu Mukim Keriam). Majlis dimulakan dengan Penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam oleh Pengerusi Majlis Awg Hj Majid bin Ratu kepada Tetamu Kehormat dan diserahkan kepada 4 orang belia PESAKA untuk dinaikkan diiringi bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan dan Lagu "Berkibalah Bendera". Majlis diteruskan ucapan Pengerusi Awg Hj Majid bin Ratu menyentuh " Selaku Pengerusi, saya amat berbesar hati serta penuh bangga atas semangat penglibatan semua, terutama anak-anak Kampong Keriam ini dalam memberiga perayaan sambutan hari kebangsaan negara kita pada tahun ini. Acara pada petang ini, bukan sahaja mencerminkan sebuah komitment padu dari masyarakat terhadap sambutan tersebut malah ianya menunjukkan satu kerjasama dan perpaduan serta keharmonian kita semua dalam masyarakat di kampong ini dan negara amnya. Kerana Perpaduan dan keharmonian tersebut adalah salah satu daripada asas yang akan menjaminkan kecemerlangan dan kegemilangan negara yang berterusan selari dengan tema sambutan tahun ini "KEDEWASAAN BERNEGARA”. Doa selamat telah dibacakan oleh Imam Masjid Kampong Keriam Awg Hj Mohd Kartolo bin Hj Abang.