? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, July 25, 2009

PESAKA Anjur Perlawanan Bola Sepak 7 Orang Sepasukan Kali ke-35 Tahun (2009)

Bukit Udal FC juara 2009 7 aside PESAKA
AJK Penyelenggara bersama Tetamu Kehormat

Juara 7 org sepasukan 2009 Bukit Udal FC

Naib Juara PESAKA A
Penaja bersama ADO dan Pengerusi acaar
Pengadil-pengadil sepanjang kejohanan
Pemain terbaik Awg Norisman bin Ismail dari Bukit Udal FC

Oleh: Zainal HJ

Tutong - Ahad, 9 Ogos 2009 - Perlawanan akhir bolasepak 7 orang sepasukan Kali ke-35 anjuran Persatuan Melayu Keriam (PESAKA), Tutong berakhir hari ini. Perlawanan akhir diantara Pasukan PESAKA 'A' dan Bukit Udal FC yangmana dijuarai oleh Pasukan Bukit Udal dengan jaringan 1 - 0 dengan menerima hadiah Piala Pusingan, Wang Tunai dan piala-piala. dan pasukan Bukit Udal juga telah menjuarai 3 tahun berturut-turut. Tempat kedua Pasukan PESAKA 'A' dan Ketiga bersama Pasukan Kiudang Mungkom A dan Kiudang Mungkon B. Pemain Terbaik dimenang oleh Mohd Norisman bin Ismail dari Pasukan Bukit Udal Fc. Kejohanan ini bermula pada 5 Julai 2009 dan 26 Julai pada peringkat awal dan ini adalah projek tahunan PESAKA. Tetamu Kehormat Yang Mulia Awang Hj Muhammad Suffian bin Hj Bungsu, Penolong Pegawai Daerah, Tutong seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah. Majlis diakhiri dengan penyampaian cendramata kepada Tetamu Kehormat oleh Yang Dipertua PESAKA Awg Ahanapi bin Hj Mahadi.


Ahli-ahli Jawatankuasa Penyelenggara Kejohanan bolasepak 7 org sepasukan PESAKA

PESAKA A

Bukit Bendera Fc
PIMMUS Fc
Seven Eleven Fc
MISSA United
HM A Fc
Bukit Udal Fc
Yong Brothers Fc
KESUMA Fc
PESAKA B
Kiudang Mungkom A
PMS Fc

Goo Gondol Fc

Oleh Zainal HJ

Tutong - Persatuan Melayu Keriam, (PESAKA) Tutong telah menganjurkan Perlawanan Bolasepak 7 Orang Sepasukan Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan dan Yang Dipertuan kali Ke-63 Tahun. Perlawanan yang sudah berusia 35 tahun adalah salah satu projek aktiviti tahunan PESAKA yang telah dibukakan kepada seluruh negara.

Pada tahun ini sebanyak 16 buah Pasukan menyertainya dibahagiakan kepada 4 kumpulan ABCD. 4 pasukan setiap kumpulan yang telah diundi pada 2 Julai 2009. Pasukan-pasukannya PESAKA A, PESAKA B, PESAKA C, Bukit Udal, Missa United, Goo Gondol Fc, Yong Brothers, Seven Eleven Fc, Pimmus Fc, Bukit Bendera Fc, Kuidang Mungkom A, Kiudang Mungkom B, HM Fc A, HM Fc B, Rising Star Fc, KESUMA Fc,

Perlawanan akhir akan diadakan pada 9 Ogos nanti dimana 8 pasukan akan bertarung dari peringkat suku akhir, separuh akhir dan peringkat akhir. Tetamu kehormat Insya Allah Pegawai Daerah Tutong Awg Hj Idris bin Hj Mohd Ali. Semua perlawanan telah dan akan diadakan di Komplek Sukan Daerah Tutong.