Zainal HJ
Tutong - Selasa, 31 Mac 2009 - Persatuan Melayu Keriam, (PESAKA) Tutong telah mengungkayahkan Majlis Sambutan Ulangtahun Penubuhan PESAKA yang kini berusia 49 tahun yang mana PESAKA ditubuhkan pada 1 April 1960.Aturcara Majlis Sembahyang berjemaah, bacaan surah Yassin, Tahlil dan Doa Tahlil. Sebaik saja selesai sembahyang berjemaah majlis dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua PESAKA Awg Ahanapi bin Hj Mahadi yang mana menyentuh PESAKA hari ini berusia 49 tahun, hanya tinggal setahun lagi akan menyambut Jubli Emas Penubuhannya tahun depan. Sejak penubuhannya PESAKA telah banyak aktif dari segi sosio budaya, sukan dan ekonomi, semuanya ini adalah bagi kepentingan ahli-ahli dan penduduk kampong sekelilingnya sehingga kan PESAKA telah banyak diberikan Anugerah-anugerah dari kecil hinggalah mencapai anugerah peringkat kebangsaan dan peringkat luar negara seperti pernah di anugerahkan Persatuan cemerlang 2007 dan anugerah ASEAN Tayo Filipin pada tahun 2007. Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut Awg Hj Muhammad Sufian bin Hj Bungsu, Penolong Pegawai Daerah Tutong. Turut hadir Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Awg Hj Mohd Taha bin Rauf (Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu Mukim Keriam dan Ahli Lembaga Penasihat PESAKA), Awg Morsidi bin Hj Mahadi (Keuta Kampong Keriam),Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampong Keriam, bekas-bekas Yang Dipertua PESAKA, ahli-ahli PESAKA dan penduduk-penduduk kampong Keriam.
