Antara ragam dan telatah para peserta di majlis berkenaan.
Ekspedisi Berbasikal PESAKA di Lebuh raya Muara-Tutong ke Kampung Keriam.
Shaikh Mahmud (memegang Bendera Kebangsaan) ketika melepaskan para peserta ekspedisi berlepas pulang ke Kampung Keriam,
Berlepas meninggalkan perkarangan Sekolah Rendah Dato Othman.
Para peserta ketika bersiap sedia dengan basikal masing-masing.
Shaikh Mahmud (lima kiri) ketika bersalaman dengan para peserta ekspedisi.
Di kalangan mereka yang hadir di Majlis Perlepasan berkenaan.BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Ekspedisi Berbasikal Persatuan Melayu Keriam (PESAKA), Tutong kali Ke-12 dari Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) menuju ke Kampung Keriam Tutong telah dilepaskan pagi hari ini.
Majlis Perlepasan Ekspedisi berkenaan bertempat di Sekolah Rendah Dato Othman, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lambak Kiri itu telah disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pengarah Perkhidmatan Sosial, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Sheikh Mahmud Sheikh Ibrahim.
Atur cara majlis di pagi tadi termasuklah ucapan balas dari kalangan pemimpin tertinggi kedua-dua persatuan, pembacaan pantun, Shaikh Mahmud beramah-mesra dengan para peserta ekspedisi, Salam Perpisahan di kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) dan ahli-ahli kedua-dua persatuan berkenaan serta penyampaian cenderahati.
Dua hari yang lalu, iaitu pada pagi 13 Disember, para peserta bersama dengan AJK PESAKA dan ahli keluarga seramai sekitar 100 orang telah melaksanakan dengan jayanya ekspedisi berbasikal berkenaan dari Kampung Keriam ke Sekolah Rendah Dato Othman.
Rombongan dari PESAKA berkenaan dengan kerjasama PERBEKAL telah berkampung selama dua malam di Sekolah Rendah berkenaan dengan perkhemahan selama 3 hari 2 malam itu telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan ahli kedua-dua buah persatuan berkenaan.
Di sebelah petang hari pertama telah diadakan lawatan ke Pusat Pembangunan Belia, manakala di sebelah malamnya telah diadakan Malam Muhibah PERBEKAL/PESAKA dan Dialog bersama Tuan Rumah, PERBEKAL.
Di pagi hari kedua telah diadakan aktiviti senam rehat bersama Majlis Perundingan Mukim Berakas, kerja amal dan Bengkel Pendidik Sukan/Program Interaksi Belia PESAKA/PERBEKAL, manakala di sebelah petangnya pula telah diadakan Sukan Muhibah PESAKA/PERBEKAL.
Malam semalam merupakan malam yang penuh gilang-gemilang dengan Malam Jalinan Muhibbah PESAKA dan PERBEKAL yang penuh sarat dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh kedua-dua persatuan serta juga persembahan tarian undangan dari Biro Wanita Kampung Mentiri.
Setelah berlepas pagi tadi, rombongan ekspedisi berkenaan akan rehat sebentar untuk makan tengah hari di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar sebelum meneruskan ekspedisi ke Kampung Keriam bagi menjalankan acara penutup iaitu penyerahan bendera dan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang terbaik di sepanjang ekspedisi itu.
