

Belia-belia PESAKA dan PERBEKAL sertai senam aerobik pagi Ahad
Oleh Salawati Haji Yahya
Petikan Media Permata 15 Disember 2008 - Zainal HJ
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Seramai 100 orang belia berumur antara 5 hingga 12 tahun hari ini menyertai acara senamrobik sebagai salah satu aktiviti kunjungan Ekspedisi Berbasikal PESAKA ke-12.
Ekspedisi melibatkan belia dari Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) dari daerah Tutong dan Persatuan Belia Kampung Lambak (PEMBEKAL) dari daerah Brunei dan Muara.
Selain mengadakan ekspedisi itu, belia dari dua buah daerah itu turut mengadakan perkhemahan di Sekolah Rendah Dato Othman di samping mengadakan beberapa aktiviti dan kerja amal selama tiga hari yang bermula semalam.
Antara aktiviti yang diadakan seperti persembahan syair, nyanyian dan kebudayaan dari belia di dua buah daerah tersebut dan antara lain tujuan perkhemahan itu ialah untuk mengeratkan hubungan dikalangan belia seterusnya bertukar-tukar pandangan dalam membangunkan belia di dua buah daerah.
Monday, December 15, 2008
Belia dua daerah sertai senamrobik
at 6:01 AM
