? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 24, 2008

EKSPEDISI BERBASIKAL KALI KE-13 KE PERSATUAN (PERBEKAL) KAMPONG LAMBAK KANAN, BERAKAS


Zainal HJ

Isnin-24 November 2008 - Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) sekali lagi akan mengungkayahkan Ekspedisi Berbasikal kali ke-12 ke Persatuan (PERBEKAL) Kampong Lambak Kanan, Berakas yang mana akan di adakan pada hari Sabtu hingga hari Isnin, 13, 14 dan 15 November 2008 ini. Ekspedisi berbasikal ini yang kebiasaannya diadakan tiap-tiap bulan april ditangguhkan disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Ekspedisi akan mengayuh basikal kira-kira 100 km (pergi dan balik) bermula Dewan Wawasan hinggalah tempat yang dituju (tuan rumah) dan akan kembali ke Kampong Keriam seterusnya bermalam berkhemah, membuat aktiviti keugamaan, aktiviti amal, kebudayaan dan permainan dalam dan sukan persahabatan disepanjang perkhemahan. Ini adalah salah satu projek tahunan PESAKA yang mana bermula pada tahun 1995 Tasek Merimbun Tutong, Pantai Berakas (1996), Pantai Lumut(1997), Batang Duri Temburong(2000), Wilayah Persekutuan Labuan Malaysia (2001), Pantai Serasa(2002),Taman Peranginan Parit Pengakalan Batu(2003), Kampong Sungai Mau, Labi(2004), Kampong Buang Siul Limbang (2005), Kampong Danau Tutong (2006), Persatuan PERLU Kampong Lumapas(2007). Perangkaan peserta-peserta Ekspedisi tiap-tiap tahun melebihi 100 orang termasuk keluarga peserta. Pesertanya dibukakan dari pemimpin-pemimpin PESAKA, belia-belia, remaja-remaja dan penduduk-penduduk kampong Keriam, Tutong.

Penyertaan sedang dibukakan kepada ahli-ahli PESAKA, Belia-belia dan Penduduk-penduduk Kampong keriam, Tutong. Borang-borang bolehlah didapat dari Awg Nordin bin Saban Hp No. 8617321, Sharbini bin Mohidin Tel. 4221609/8605556, Hj Bahrin bin Hj Bolhassan Tel. 4221033/8766294, Zainal bin Hj Jaidin Tel. 4222248/8876539, Awg Nooralizam bin Hj Idris Hp. 8166298 dan Awg Amirul bin Hj Junaidi Hp. 8730600. Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan pada nama-nama diatas 10 Disember 2008.