Oleh Zainal HJ
Perasmian Mesyuarat Agung kali ke-32 PESAKA.
TUTONG, Ahad - Persatuan Melayu Keriam, (PESAKA) Tutong hari ini mengadakan Mesyuarat Agung Kali ke-32 di Bangunan Wawasan PESAKA, Kampong Keriam, Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Awang Haji Jamain Momin, Pegawai Daerah Tutong.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti ucapan Yang Dipertua Awang Ahanapi Haji Mahadi. Beliau menyentuh mengenai kecemerlangan dan komitmen Ahli-Jawatankuasa Tadbir dan sokongan ahli-ahlinya PESAKA sehingga diberikan anugerah, iaitu "Anugerah Persatuan Belia peringkat kebangsaan" dan "Anugerah ASEAN TAYO AWARD peringkat Antara Bangsa" pada tahun 2007. Selain itu, pemimpin PESAKA juga diberikan "Anugerah Belia Berkhidmat."
Majlis diteruskan dengan ucapan tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan perasmian mesyuarat agung kali ke-32. Beliau menyentuh PESAKA mengadakan banyak kegiatan sepanjang tahun termasuk menerima lawatan dari luar negara dan Pesaka sendiri membuat lawatan di luar negara.
Tuesday, January 29, 2008
PESAKA adakan mesyuarat agung ke-32
at 4:20 AM