and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS?
Persatuan Melayu Keriam Tutong (PESAKA) telah dipilih dari Negara Brunei Darussalam bagi menerima anugerahTAYO ASEAN 2007 yang telah berlangsung di International Convention Bandaraya Cebu Philippines. Anugerah tersebut telah di terima oleh Yang DiPertua PESAKA Awg.Ahanapi Hj.Mahadi dan telah sempurnakan penyampaian nya oleh Pengerusi ASEAN Youth Commission Mr.Richard Alvin Alupta. Sebanyak enam buah Negara ASEAN telah menerima anugerah tersebut iaitu negara Malaysia, Cambodia, Indonesia, Singapore dan negara tuan rumah Philippines. Anugerah TAYO ASEAN adalah acara tahunan Jawatankuasa ASEAN Youth Comission bagi memilih belia dan organisasi belia yang telah mencapai kecemerlangan dalam memberikan khidmat dan menjayakan kegiatan yang bermanafaat terhadap kemajuan dan pembangunan masyarakat disetiap negara-negara ahli.
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah dua perwakilan dari Majlis Belia Brunei (MBB) dan PESAKA sendiri. Beberapa kegiatan sampingan telah juga diatur oleh pihak penganjur iaitu antaranya lawatan-lawatan ditempat yang menarik di kawasan Bandaraya Cebu disamping peserta-peserta telah dihiburkan dengan persembahan kebudayaan tempatan.